Rancangan bersiri ‘Star Wars Show’ akan bersiaran di Youtube dan Facebook

Share Button

Berita menarik untuk peminat Star Wars hari ini. Nampaknya ada yang rasa bagai tak cukup menawarkan peminat dengan filem-filem dan animasi yang ada, kini program bersiri pula akan ditayangkan di laman media sosial dan saluran atas talian.

Dinamakan ‘The Star Wars Show’, siri terbitan khas Lucasfilm dan Disney itu bakal mengetengahkan berita ekslusif, footage yang belum pernah ditayangkan serta aksi disebalik tabir pembikinan filem-filem Star Wars. Ia juga akan ditambah dengan pertunjukan khas dan permainan, macam ‘game show’ lah agaknya.

the star wars show - hos andi dan pete 2

Antara yang pasti, peminat nombor satu Star Wars, Peter Townley dan pengurus komunikasi digital StarWars.com, Andi Gutierrez akan menjadi hos siri tersebut. Siri ini bukanlah program bersiri pertama mengenai Star Wars, tapi ia yang pertama meraikan peminat franchise ini secara besar-besaran. Tunggu saja berita lanjut mengenainya di StarWars.com.

Dalam episode pertama ini, mereka sudah pun menganjurkan satu pertandingan. Mereka memiki sebuah droid hitam berbentuk seperti Sandcraler milik puak Jawa yang terbalik, dan mereka masih belum menamainya lagi. Para penonton diseru untuk memberi cadangan dengan menurunkan komen pada video mereka  atau di-twitter @starwars beserta #StarWarsShow.

[SUMBER]

Apa komen anda?