Kenapa Captain America guna telefon pintar vivo

Share Button

[artikel ini dibawakan kepada anda oleh telefon pintar vivo V3Max, lebih pantas dari yang lebih pantas]

Korang dah tonton filem terbaru Captain Amerika: Civil War? Kalau belum pun tak mengapa, tapi ada beberapa babak memaparkan Captain America aka Steve Rogers, menggunakan telefon pintar. Tahu tak, beliau menggunakan telefon pintar vivo di dalam filem ini. Ooppss, maaf spoiler.

Kenapa Captain America memilih telefon pintar vivo ni ya? Kami percaya sebabnya adalah seperti di bawah ini:

1. Badan Besi Metalik Penuh

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 01 badan besi metalik

Captain America sangat faham kepentingan besi dalam perjuangannya. Hampir keseluruhan masa beliau menentang penjahat, perisai besinya banyak membantu.

Kerana itu, badan besi penuh pada vivo V3Max diyakini mampu berfungsi dengan baik dan tahan lasak dalam apa jua situasi harian. Lebih-lebih lagi, semasa bertarung menyelamatkan bumi dari penjenayah yang mahu menghancurkannya.

Telefon pintar yang tahan lasak, sama seperti perisai besinya. Memang padan dengan manusia yang sering berhadapan pelbagai perkara diluar jangkaan seperti Captain America.

2. Pengecasan Pantas Dwi-Litar

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 02 pengecasan pantas dwi litar

Bateri memang masalah terbesar bagi telefon pintar. Tapi dengan V3Max, ia kurang menjadi beban. Ini kerana V3Max dilengkapi bateri sebesar 3,000mAh, yang boleh digunakan sepanjang hari.

Lebih baik lagi, walaupun kapasiti bateri ini agak besar, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dicas. Hanya 1.5 jam diperlukan untuk mengisi cas bateri dari 0% sehingga 100%. Ini kerana sistem dwi-litar pengecasan pantas di V3Max, menjadikannya lebih pantas dari yang pantas, malah lebih dijamin keselamatannya.

Bateri yang tahan lama, tanpa perlu mengecas lama. Sememangnya satu perkara yang sangat diperlukan manusia yang sibuk seperti Captain America.

3. Dua Tingkap Dalam Satu Skrin

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 03 smart split youtube whatsapp

Dunia yang semakin sibuk ini, memerlukan pelbagai tugasan diselesaikan sekaligus. Sistem ‘Smart Split’ di V3Max membolehkan dua tingkap aplikasi dijalankan serentak. Contohnya menonton video penceroboh di samping memeriksa identitinya di pelayar internet. Ini perkara yang sering dihadapi Captain America, untuk memastikan lokasi penjenayah yang diburunya.

Membuat dua kerja pada satu masa, memang sangat digalakkan malah menjadi satu keperluan. Apatah lagi untuk penyelamat dunia seperti Captain America, setiap saat adalah berharga.

4. Audio Berkualiti Hi-Fi

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 04 pembesar suara hifi

Pemain audio berkualiti tinggi bukan sahaja penting semasa mendengar muzik, tetapi untuk tugasan rahsia seperti memecahkan kod tersembunyi, ataupun memeriksa lokasi yang tepat dari bunyi yang dirakam. Cip Hi-Fi AK4375 di dalam V3max, memastikan bunyi berkualiti tinggi dapat dihasilkan dengan tahap SNR 105dB dan kadar distorsi -97dB.

Pembesar suara V3Max juga lantang dengan bunyi yang jelas laksana kristal yang jernih. Memang bukan calang-calang kehebatan cip Hi-Fi di dalamnya. Sehebat Captain America yang lantang memberi arahan, memastikan setiap tugasan diselesaikan dengan jayanya.

5. Pantas Berkuasa Tinggi

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 05 prestasi tinggi

Gandingan CPU Snapdragon 652 dengan 4GB RAM sememangnya sangat hebat, sama seperti Captain America dan perisai besi Vibraniumnya. Pergerakan antaramuka FunTouch OS sangat lancar, tanpa lengah masa melancarkan pelbagai aplikasi, terima kasih kepada RAM 4GB yang sangat besar dan 8-teras CPU Snapdragon 652.

6. Perlindungan Biometrik

Kenapa Captain America Guna vivo v3Max - 06 pengimbas capjari biometrik

Apa cara terbaik untuk melindungi rahsia di dalam peranti tapi pantas untuk digunakan? Jawapannya adalah pengimbas capjari. Tak perlu bersusah payah menaip kata laluan, atau menyambung titik menjadi corak. Hanya letakkan capjari dan ia memberi akses sepantas 0.2 saat kepada V3Max.

Pengimbas capjari ini juga boleh berfungsi dalam mana-mana arah, tanpa pening mencarinya walaupun di dalam gelap. Jadi Captain America boleh menggunakan telefon pintar ini bila-bila masa tanpa risaukan diceroboh, hatta semasa melompat dari bangunan ke bangunan, ataupun semasa memandu jet. Tapi menggunakan telefon pintar semasa memandu sangat tidak digalakkan, melainkan anda adalah Captain America.

 

Patutlah Captain America guna telefon pintar vivo. Memang hebat, berkuasa tinggi dan tahan lasak untuk kegunaan penyelamat dunia macam Captain America. Mungkin beliau boleh mengesyorkannya kepada rakan Avengers yang lain.

Comments

  1. aku pengguna vico Y15..sering kali keluar amaran ruang tidak mencukupi(sila bersih kan ruang sistem segera)..
    boleh jelas kan apakah punca tersebut..?

Trackbacks

  1. […] Kenapa Captain America guna telefon pintar vivo […]

  2. […] dan V3 pada RM1099. Walaupun telefon ini tidak sepremium telefon di luar sana, ia digunakan oleh beberapa adiwira di luar sana untuk berhubung. Jika, mereka mengetahui harga bukanlah kayu ukur kebolehgunaan […]

Apa komen anda?