Kembalinya Lagenda Nokia Dalam Arena Telefon

Share Button

Nokia hari ini mengumumkan mereka akan kebali ke arena peranti pintar selepas menyepi beberapa tahun.

Microsoft telah membeli sebahagian daripada Nokia yang mengeluarkan telefon Lumia pada April 2014 dan ada diantara isi perjanjian itu akan tamat pada separuh kedua tahun ini.

Dalam menyiapkan diri untuk kebangkitan semula, Nokia Technologies, satu jabatan dalam Nokia, telah menganugerahi HMD, sebuah syarikat dari Finland yang dtubuhkan oleh beberapa orang utama dalam bidang perenti pintar, lesen ekseklusif untuk membangunkan tablet berjenama Nokia.

lumia series

Dalam masa yang sama, Microsoft Corp. (Microsoft) turut berurusan dengan sebuah subsidiari Foxconn untuk menjual aset feature phone mereka. Dengan pantas, HMD bersama-sama Nokia berhubung dengan FIH untuk berunding membangunkan tablet dan telefon berjenama Nokia.

Dalam perjanjian itu, HMD akan beroleh kawalan daripada segi penjualan, pemasaran, dan pengedaran peranti berjenama nokia. Nokia pula akan memberi akses kepada hak penjenamaan dan paten teknologi dengan balasan bayaran royalti.

nokia n1

Peranti terakhir yang mereka keluarkan adalah sebuah tablet, Nokia N1 dengan sistem operasi Android. Mampukah mereka mencabar kedudukan entiti-entiti yang lebih besar?

[sumber] [sumber]

Trackbacks

  1. […] Mei lepas, Microsoft dilaporkan telah menjual bahagian telefon biasa Nokia, kepada subsididari Foxconn iaitu FIH Mobile. Jadi, […]

Apa komen anda?