Find My iPhone Rungkai 10 Kes Pecah Rumah Di Rembau

Share Button

Sekali lagi teknologi berjaya membantu menangkap pencuri. Kali ini, ia berlaku di Rembau. Sebuah rumah telah dipecah masuk semalam. Pemilik rumah berkenaan telah kehilangan sejumlah wang, 2 iPad, dan 2 iPhone. Menggunakan fungsi Find My iPhone, beliau berjaya menjejaki pencuri tersebut. Bukan itu sahaja, 10 lagi kes pecah rumah turut terungkai dengan penahanan pesalah tersebut.

Sebelum kejadian tidak diingini berlaku keatas iPhone anda, apa kata luangkan sedikit masa untuk tingkatkan ciri keselamatan peranti.

Bagaimana untuk aktifkan fungsi Find My iPhone?


 

Apakah yang boleh dilakukan bila menyedari iPhone hilang?

  1. Cari sebuah peranti Apple untuk dipinjam atau gunakan portal dengan cara mengakses melalui pelayar web desktop/laptop.
  2. Masukkan butiran nama pengguna dan kata laluan akaun iCloud peranti yang hilang.
  3. Setelah berada dalam portal Find iPhone, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti:
    • Kunci peranti dari jauh (Lost Mode)
      Ia menghalang pencuri daripada mengakses telefon itu bagi memastikan data peribadi selamat.
    • Padamkan data dari jauh (Erase iPhone)
      Jika pencuri memang berniat jahat keatas data yang terdapat dalam peranti, anda boleh mengarahkan sistem untuk memadamkan semua data yang ada pada telefon.
    • Arahkan telefon berbuat bising (Play Sound)
      Setelah mengikuti jejak telefon yang dicuri, mungkin telefon itu berada di dalam premis orang lain. Pengguna boleh membuatkan telefon menghasilkan bunyi untuk mengesan lokasi telefon dengan lebih jitu.

find my iphone sample

PERINGATAN!

Fungsi Find My iPhone akan terbantut sejurus peranti yang ingin dicari terputus sambungan Internetnya. Ia perlu bersambung kepada Internet sama ada melalui Wi-Fi mahupun rangkaian mudah alih. Oleh sebab itu, pengguna tidak boleh berlengah dan mereka perlu bertindak sebelum pencuri mematikan peranti itu.

Apa komen anda?