Facebook Lancar Fungsi Kedai Untuk Pages Di Malaysia

Share Button

Hari ini Facebook mengumumkan pengaktifan secara rasmi fungsi kedai dalam talian bagi pengguna Facebook Pages di Malaysia. Pelancaran ini memberikan satu lagi saluran baharu untuk pengusaha perniagaan bagi memasarkan produk masing-masing.

Pengguna Facebook negara kita amat ketagih dengan rangkaian sosial itu. Hampir separuh daripada penduduk negara kita mempunyai akaun Facebook. Selain itu, kita juga paling kerap di Asia Tenggara mengakses Facebook untuk menonton video, 55% lebih tinggi daripada purata global.

facebook shop pages how to add

Ketua Bahagian Perniagaan Kecil dan Sederhana Facebook, Nadia Tan, berkata, “Ramai dalam kalangan usahawan dalam talian di Malaysia menggunakan Facebook Pages untuk menggerakkan perniagaan mereka. Oleh sebab itu, kami berharap bahawa fungsi ini boleh menambah baik keberhasilan mereka dan pada masa yang sama memudahkan pengguna untuk membeli melalui fungsi pembelian terus menerus Facebook Messenger.

Antara fungsi yang ada dalam Shop untuk Facebook Pages adalah seperti menjual, membeli, melanggan, dan mengiklan. Sebagai penjual, mereka boleh menonjolkan produk mereka menggunakan fungsi “Featured Product” yang akan meletakkan produk yang ingin ditonjol pada bahagian paling atas Timeline mereka.

Bakap Pembeli pula boleh menggunakan butang “Purchase” untuk mula berhubung dengan penjual dan menyatakan hasrat membeli mereka. Jika mereka berpuas hati dengan seseorang penjual, Facebook juga ada menyediakan butang “Subscribe”. Menggunakannya, pembeli boleh terus mengikuti perkembangan kedai tersebut sama ada terdapat produk mahu pun tawaran baharu.

facebook shop pages how to add 02

Fungsi ini adalah percuma dan boleh dinikmati oleh semua pengguna Facebook Pages.

Maklumat lanjut tentang fungsi Shop untuk Facebook Pages boleh diperoleh di laman rasminya.

Apa komen anda?