Facebook Dah Ada Pejabat Di KL

Share Button

Hari ini, gergasi media sosial global, Facebook dengan rasminya membuka pintu pejabat baharu mereka di Kuala Lumpur.

Melihat pertumbuhan pesat syarikat itu di rantau Asia Tenggara, lebih-lebih lagi negara kita yang mencatatkan kadar penembusan peranti mudah alih setinggi 144%, mereka hadir dengan wawasan mereka untuk menghubungkan pengguna serta perniagaan di sini. Di Malaysia, lebih 60% daripada penduduknya yang berjumlah 29.72 orang (2013) mempunyai akaun Facebook manakala 6.5 juta pengguna berada dalam persekitaran Instagram.

Dalam kalangan pengguna Facebook di sini, kita menghabiskan 159 minit untuk menonton kandungan video di Facebook, tertinggi di rantau Asia Tenggara, 55% lebih tinggi daripada purata global. Malahan, kebanyakkan kandungan ditonton melalui peranti mudah alih.

facebook malaysia beca small

sumber @jimmytancw

Bersempena dengan pembukaan pejabat tersebut, Mereka juga memperkenalkan individu yang akan mengepalai operasi Facebook di Malaysia. Nicole Tan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan di J.Walter Thompson (JWT) Malaysia untuk bersama Facebook. Beliau memiliki pengalaman 20 tahun dalam sektor produk kepenggunaan, teknologi, dan automotif.

Facebook telah memberikan impak yang signifikan walaupun tidak hadir secara fizikal di sini. Mereka telah berusaha sama dengan pelbagai entiti, daripada besar hinggalah kecil bagi membantu mereka mencapai objektif masing-masing.

Misalnya, Malaysia Airlines Berhad adalah pengendali penerbangan pertama di Asia-Pasifik yang menggunakan pengiklanan produk dinamik. Mereka berjaya mencapai pulangan sehingga 31 kali ganda berbanding kos pengiklanan.

Zawara pula yang terkenal dengan produk dalam talian mereka kini mampu memilki banggunan fizikal untuk beroperasi. Semuanya adalah hasil daripada Pengiklanan Video yang mereka gunakan. Melaluinya, mereka mencatatkan peningkatan trafik Internet sebanyak 70% dan perolehan meningkat sebanyak 45%.

Kuala Lumpur adalah destinasi kelima Facebook untuk menempatkan pejabatnya di rantau Asia Tenggara. Sebelum ini mereka telah mendirikan pejabat mereka di:

1. Jakarta pada Mac 2014.

2. Bangkok pada September 2015.

3. Singapura pada September 2015.

4. Manila pada April 2016.

Daripada sudut kewangan, ‘muka buku’ mencatatkan peningkatan prolehan sebanyak 52% tahun-demi-tahun kepada lebih $5.4 billion. Daripada jumlah itu, separuh daripadanya datang melalui pengiklanan. Pengiklanan pada peranti mudah alih menyumbang 82% daripada perolehan mereka daripada iklan.

facebook malaysia mindblow wish

Trackbacks

  1. […] recently set up shop here in Malaysia but the fact that they did isn’t that important. What is important is why, […]

Apa komen anda?