Diskaun raya terlebih awal untuk telefon pakar selfie OPPO F1

Share Button

Puasa pun belum tapi promosi hari raya dah bermula. Asalkan ada diskaun, tak kisah bila pun. Macam tawaran raya khas dari OPPO Malaysia ni. Telefon pakar selfie OPPO F1, akan dijual RM100 lebih murah bermula hari ini, 23 Mei sehingga 7 Julai 2016.

Tawaran ini dibuat OPPO Malaysia sebagai salah satu peralatan persediaan untuk peminat merakam kenangan manis hari raya kelak. Jika dibeli lebih awal, ia boleh dibuat teman sepanjang puasa di bulan Ramadhan jua.

Jadi, harga jualan biasa OPPO F1 iaitu RM1,098, akan diturunkan menjadi RM998 sahaja sepanjang tempoh promosi ini. Pengguna yang berminat, boleh mendapatkannya menerusi mana-mana pengedar sah OPPO Malaysia, ataupun dalam talian di lamanweb Stor OPPO Malaysia.

OPPO F1 adalah telefon pintar yang memiliki kamera depan yang hebat. Ia menggunakan sensor 8MP f/2.0, menjadikan gambar lebih jelas dan terang dari kebanyakan kamera lain. Malah, fungsi ‘Screen Flash’ yang menghidupkan kecerahan skrin sepenuhnya, membantu selfie menjadi lebih cerah.

Kamera belakangnya pula 13MP f/2.2, menyokong fungsi HDR bersama LED Flash. Baterinya pula berkapasiti 2,50mAh, tetapi tidak memiliki pengecas pantas VOOC.

OPPO F1 - depan emas belakang emas ros

OPPO F1 dilihat lebih premium dengan badan yang diperbuat dari besi, serta skrin HD 5.0-inci menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 4 dengan legkung 2.5D di sisi.

Kuasa dalaman OPPO F1 tidak kurang hebat dengan pecutan CPU Qualcomm Snapdragon 616 8-teras, bersama 3GB RAM dan 16GB storan dalaman. Sokongan mikroSD membenarkan storan diluaskan, bersama sokonga dua slot kad sim 4G LTE.

Telefon pintar pakar selfie OPPO F1 menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop bersama antaramuka ColorOS 2.1. Ia boleh dipilih antara dua warna, Emas dan Emas Ros.

Apa komen anda?