[COMPUTEX 2016] Asus Tayang Telefon Sulung Mereka Dengan RAM 6GB

Share Button

6GB RAM? Ya, itu bukanlah typo. Telefon pintar kini mempunyai RAM mengatasi komputer dedikasi. ASUS di Computex baru sahaja melancarkan ZenFone generasi ke-3 mereka. Dengan pelancaran ini, ZenFone 3 Deluxe kini menerajui ketubumbukan telefon pintar ZenFone.

zenfone 3 deluxe depan

zenfone 3 deluxe belakang

Peranti sebesar 5.7 inci ini menggunakan paparan Super AMOLED beresolusi HD penuh yang meliputi hampir 79% daripada bahagian hadapannya. Ia memiliki enjin pemproses yang paling berkuasa masa ini, Qualcomm Snapdragon 820. RAM seluas 6GB adalah antara yang pertama seumpamanya setakat ini. Storan dalaman yang disediakan adalah 128GB dan boleh diperluas melalui slot mikro-SD.

Kameranya tidak kurang hebatnya. ASUS menggunakan teknologi PixelMaster generasi ketiga untuk peranti ini. Peranti ini menggunakan sensor Sony IMX318 beresolusi 23 MP yang mengambil gambar yang cantik. Pemburu titik fokus menggunakan laser dan pengesan fasa (PDAF) disediakan untuk mencari titik fokus sepantas 0.3 saat.

Ia menyokong rakaman video 4K UHD serta hadir dengan penstabil imej hibrid, optikal serta elektronik. Gabungan antara penstabil imej optik 4 paksi dan penstabil imej elektronik 3 paksi dikatakan boleh mengambil gambar yang sangat stabil. Tambah menarik, kameranya mempunyai fungsi mengambil gambar sehingga 92 megapiksel!

Telefon dengan sensor pengimbas cap jari di belakang ini hadir dalam pilihan warna emas, hitam dan biru.

Selain ZenFone 3 Deluxe, mereka juga melancarkan 2 lagi varian Zenfone 3 iaitu, Zenfone 3 dan Zenfone 3 Ultra.

Zenfone 3 adalah sebuah telefon sebesar 5.5 inci. Ia menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 dengan RAM sehingga 4GB dan ruang storan sehingga 64GB. Kameranya 16 megapikselnya menggunakan sensor IMX 298. Selain daripada sensor, teknologi pengimejan peranti ini sama seperti flagship-nya. Baterinya sebesar 3,000 mAh dan terdapat pengesan cap jari pada bahagian belakang peranti ini.

zenfone 3 depan

zenfone 3 belakang

Sebanyak empat warna dihasilkan iaitu Saphire Black, Aqua Blue, Pearl White, dan Lux Gold. 

Zenfone 3 Ultra adalah phablet sebesar 6.8 inci dengan paparan beresolusi HD penuh dengan nisbah paparan kepada badan sehingga 79%.  Melalui teknologi PixelWorks iris2+, ia dikatakan boleh memainkan kandungan 4K seperti memiliki paparan 4K sebenar walaupun hakikatnya ia ditayangkan pada skrin HD penuh.

zenfone 3 ultra depan 02

zenfone 3 ultra belakang 02

Dua speaker pada bahagian bawah diperkaya dengan teknologi SonicMaster 3.0 untuk memberikan pengalaman melayani kandungan multimedia yang cemerlang. Peranti ini digerakkan oleh Qualcomm Snapdragon 652 dengan RAM sebesar 4GB. Bateri sebesar 4,600mAh mempunyai fungsi mengecas peranti lain.

Harga famili ZenFone 3 adalah seperti berikut:

  • ZenFone 3 Deluxe pada 499 dolar A.S (RM ~2053)
  • Zenfone 3 bermula 249 dolar A.S (RM ~1024)
  • Zenfone 3 Ultra pada 479 dolar A.S (RM ~1971)

Trackbacks

  1. […] Computex yang lalu, Asus telah memperkenalkan barisan telefon Zenfon 3 mereka. Pada hari ini, Asus sendiri telah terbang ke Malaysia untuk […]

  2. […] Ogos bakal tiba dengan lebih banyak model telefon pintar baru, termasuk ASUS Zenfone 3. Kelihatan, ASUS Zenfon 3 Deluxe dengan 6GB RAM, boleh memberi saingan hebat kepada OnePlus 3, kerana harga jualannya dijangka di […]

  3. […] tak harga USD399 (~RM1,637) untuk OnePlus 3 sehebat ini? Ini menjadi persaingan kepada telefon ASUS Zenfone 3 Deluxe, yang turut memiliki CPU Snapdragon 820 dan 6GB RAM, tetapi berharga sedikit mahal iaitu USD499 […]

Apa komen anda?