ASUS bakal perkenal Zenfone 3 di Computex 2016

Share Button

Telefon pintar ASUS Zenfone adalah salah satu pilihan yang digemari ramai rakyat Malaysia. Harga yang rendah dan spesifikasi tinggi, membuatkan Zenfone 2 menjadi sangat popular tahun lepas. Tahun ini, model baru bakal muncul di Computex 2016.

ASUS dilihat telah mengeluarkan video previu tentang sebuah telefon pintar yang kami jangkakan, adalah Zenfone 3. Bersama video itu, ia turut memberi pautan ke lamanweb pelancaran. Majlis pelancaran pula, akan diadakan di pameran Computex 2016 yang akan diadakan di Taiwan, pada 30 Mei 2016.

Dari video previu tersebut, telefon baru ini dilihat akan menggunakan badan besi unibodi, dengan slot kad sim atau mikroSD di tepi.

Selain itu, ia turut memaparkan tiga jenis telefon berlainan saiz. Ini mungkin memberi maksud, tiga jenis Zenfone 3 berlainan saiz akan dilancarkan nanti. Mungkin ia akan muncul dalam perisa Zenfone 3, Zenfone 3 Deluxe atau Zenfone 3 Max.

Seperkara lagi, Zenfone 3 tidak akan lagi menggunakan CPU Intel. Ia akan dikuasakan CPU dari Qualcomm ataupun Mediatek. Disebabkan ini, mungkin harganya tidak akan semurah model sebelum ini Lagipun, badannya dah jadi besi.

Jika nak tonton sendiri pelancaran ini dalam talian, ia boleh ditonton di Youtube. Majlis pelancaran akan bermula pada jam 2pm (waktu Malaysia/Taiwan), pada 30 Mei 2016. Selain itu, ia juga boleh dirujuk di lamanweb pelancaran di sini.

 

Trackbacks

  1. […] peranti dalam keluarga Zenfone 3 dilancarkan pada Mei yang lalu. Hari ini, Asus menambah lagi ahli keluarga itu dengan kehadiran Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Max. […]

Apa komen anda?