Ada Telefon Android atau iPhone? Kongsi Sesi Teh Tarik Secara Live

Share Button

Teknologi masa ini memudahkan walaupun pengguna biasa seperti kita membuat siaran langsung di alam maya (strim langsung). Walaupun perkhidmatan penstriman untuk pengguna telah ada seawal 2007 melalui perkhidmatan seperti ustream dan lain-lain, tetapi faktor perkakasan mengehadkan potensi penstriman dalam kalangan marhaen.

Kupayaan berstrim langsung terus dari telefon pintar meledakkan fenomena ini. Tambah gempak, jika digandingkan dengan media sosial, tempat segala macam umat berhimpun maka jadilah ia satu fenomena. Itulah yang ingin diterokai oleh Facebook Live.

fblive

Facebook Live sudah tertanam pada aplikasi asal Facebook dan boleh diakses bila-bila masa. Semasa berstrim, pihak penyiar boleh meningkatkan tahap interaktif bersama penonton mereka. Contengan boleh dilakukan pada siaran untuk mengajak mereka fokus kepada sesuatu perkara. Setelah tamat bersiaran, video itu akan disimpan dan akan ada pada profil si penyiar sehingga beliau emilih untuk membuangnya.

Walau bagaimanapun, buat masa ini, ia hanya diakses melalui Facebook Mention, produk dan tokoh yang disahkan Facebook. Namun, bagi kelompok khalayak, ia mungkin memudahkan kerana tidak perlu memuat turun aplikasi tambahan hanya untuk menonton video langsung tokoh, acara, atau jenama kegemaran mereka.

Jika Facebook Live tidak meyakinkan, mungkin Periscope boleh memenuhi kekurangan yang ada pada Facebook Live. Periscope dilancarkan pada Mac tahun lalu dan menyokong plafrom Android dan iOS.

periscope

Tidak seperti Facebook Live, Periscope boleh mengehadkan khalayak yang anda ingin berikan akses kepada siaran anda. Disebabkan Periscope bernaung di bawah Twitter, ia diintegrasikan secara mendalam dengan aplikasi cicipan itu. Sebelum bersiaran, pengguna boleh menghantar makluman kepada twitter masing-masing untuk mempromosikan strim langsung yang bakal berlaku.

Ada baiknya Facebook Live mengehadkan akses perkhidmatan mereka pada yang tertentu sahaja. Berbanding Periscope, sesiapa sahaja yang ada akses kepada telefon pintar boleh bekongsi video langsung mereka di alam maya. Maka, kandungan video sangat bercampur baur.

Selepas kebanjiran servis penstriman langsung ini, masing-masing sedang berusaha untuk menjarakkan diri dan menonjol berbanding pesaing mereka. Kini, mereka sedang meneroka segmen dron. Selepas ini kita akan melihat lebih banyak lagi kandungan strim langsung yang menayangkan pemandangan daripada udara.

Selain daripada dua penyelesaian strim langsung terus dari telefon pintar di atas, banyak lagi alternatif lain yang mungkin sedikit terlindung dek tidak mendapat pendedahan. Antara yang boleh diperiksa adalah:

  1. Meerkat
  2. Ustream
  3. Livestream
  4. Snapchat
  5. Streamup

Apa komen anda?