Webe mungkin merosakkan pasaran internet Malaysia

Share Button

Baru tadi kami mendengar sedikit khabar tentang Webe, yang dijangka menjadi pemain terbaru arena jalurlebar di Malaysia. Tetapi berita yang kami terima dari Lowyat.net, benar-benar memeranjatkan.

Hasil carian Lowyat.net mereka menemui satu lamanweb yang dikatakan laman yang bakal dilancarkan Webe kelak. Apa yang penting, ia mengandungi segala maklumat tentang pelan yang bakal webe lancarkan. Tetapi laman tersebut telah ditutup, dan maklumat yang ditemui, didapati menerusi Google Cache.

Perkara ini mungkin boleh dilakukan Webe, kerana ia merupakan jenama yang dihasilkan P1, yang telah menjadi sebahagian dari Telekom Malaysia. Dengan aset sedia ada P1 dan kepakaran dari TM, ia mungkin satu realiti.

Pelan webe terdedah Rm8 20GBPelan webe rm9 dan rm10 tanpa peranti

Pertama, Webe bakal melancarkan pelan pascabayar serendah RM8, yang dibekalkan 20GB data, 1000 minit panggilan dan 1000 SMS. Bagaimanapun, pelan ini khas untuk pelanggan sedia ada P1, yang turut membeli peranti pintar. Tanpa peranti pintar, ia adalah RM9 sebulan. Pengguna lain, perlu membayar RM10 sebulan.

Seperkara lagi, pelan ini tidak boleh berkongsi data secara hotspot. Jika mahu, pengguna perlu membayar tambahan RM10 sebulan. Tak pernah ada di Malaysia, tapi biasa dipraktiskan di Amerika Syarikat.

Pelan webe terdedah tanpa had RM80

Pelan kedua ni, bunyinya lebih menarik. Dengan bayaran RM80 sebulan, pengguna menerima panggilan tanpa had, SMS tanpa had dan internet 4G LTE tanpa had.

Satu pelan impian segenap rakyat Malaysia. Bukan ini sahaja, caj perayauan data juga rata, pelan ini juga boleh berkongsi data dengan 3 talian lain.

Tetapi jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Laman ujian ini berkemungkinan besar tidak meletakkan maklumat yang tepat. Sekadar ujian sebelum laman sebenar dilancarkan.

Apa yang perlu dilakukan sekarang, berdoalah sebanyak mungkin agar ia menjadi kenyataan ketika pelancarannya pada 13 April akan datang. Tapi kalau lari dari jangkaan, jangan pula mengutuk lebih-lebih. Kalau dapat tawaran yang lebih baik dari telco lain, dah cukup baikkan?

Walauapapun, kita benar-benar berharap kemunculan pemain terbaru arena 4G LTE ini mampu menggegarkan pemain sedia ada.

[SUMBER: 1, 2, 3Lowyat.net]

Comments

  1. Wak Ketari

    Webe ni under celcom atau telekom ek? Sekejap celcom sekejap telekom? Last-last under P1 pulak…. P1 ni bukan aku tak percaya sebab aku pernah jadi runner contract technician P1 ni dulu… paham sangat permainan dia,masa testing seminggu tu dia bagi server yg mantap hanya digunakan oleh staf dan marketing dept mmg la laju…. bila dah subscribe dia switch ke server pelanggan yg share satu tower sampai beribu-ribu user,memang speed mcm hampeh laaa.

Apa komen anda?