Vivo buka pratempahan V3Max, sedia perkenalkan di Malaysia minggu depan

Share Button

Salah satu pengeluar telefon pintar dari China yang sedang melonjak naik, vivo baru sahaja melancarkan model telefon baru, V3 dan V3max. Majlis pelancaran ini diadakan di Mumbai, India. Tidak lama lepas tu, ia diumumkan akan tiba di Malaysia menerusi satu jemputan media.

Tetapi hanya satu model yang akan dilancarkan di Malaysia, iaitu V3max. Langkah ini dilihat hampir sama yang diambil oleh Samsung, memperkenalkan model lebih besar dan berkuasa dahulu, iaitu Galaxy S7 edge berbanding Galaxy S7 yang biasa. Pelancaran V3Max akan diadakan di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 13 April 2016.

Jemputan media vivo V3Max di Malaysia

Vivo V3Max dikuasakan CPU Snapdragon 652 8-teras, 4GB RAm dan 32GB storan dalaman. Skrinnya berukuran 5.5-inci dengan resolusi HD penuh. Kamera belakangnya 13MP, manakala kamera depan 8MP. Baterinya pula 3,000mAh. Bunyinya agak hebatkan?

Selain itu, V3Max juga dilengkapi pengimbas capjari di belakang, menyokong dua kad sim 4G LTE, dan datang dengan pengecasan pantas Qualcomm. Badannya juga besi sepenuhnya. Tetapi ia menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

vivo v3max depan sisi belakang

Apa yang menjadikan ia lebih menarik, adalah harganya yang dilihat agak berbaloi dengan spesifikasi. Ini kerana DirectD, salah satu penjual peranti pintar di Lembah Klang, telahpun memaparkan harganya untuk pra-tempahan. Malah, ia turut boleh ditempah dari mana-mana pengedar rasmi vivo.

Menurut DirectD, vivo V3Max dijual pada harga RM1,399 termasuk GST. Manakala tempahan awal pula di DirectD atau pengedar sah vivo, akan menerima hadiah misteri bernilai RM199, serta casing diperbuat dari kulit.

tempah vivo V3Max sekarang dan terima hadiah percuma

Jika anda yakin dengan spesifikasi sebegini, bolehlah segera membuat tempahan awal dan terima hadiah percuma. Jika tidak, nantikan majlis pelancarannya pada Rabu depan, dan cuba dahulu V3Max ini.

Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh ditemui di laman produk vivo V3Max.

Trackbacks

  1. […] telah dimaklumkan minggu lepas. Hari ini, ia muncul secara rasmi. vivo Malaysia hari ni secara rasminya melancarkan […]

Apa komen anda?