Tiada lagi P1, kini dikenali sebagai webe

Share Button

CEO P1, CC Puan hari ini menyatakan nama P1 tidak akan lagi digunakan. Sebaliknya P1 selepas ini akan dikenali dengan nama baru webe. We untuk kita dan Be untuk jadi, dengan moto We lebih baik dari Me.

Webe hari ini diperkenalkan dengan pelancaran 7 projek komuniti. Apa, webe bukan nak perkenal pelan internet mudahalih baru? Ya, belum diumumkan lagi hari ini.

webe - komuniti di hati

Webe adalah sebuah komuniti, yang melancarkan projek oleh komuniti, bagi mendapatkan sokongan komuniti. Hari ini, 7 projek komuniti dilancarkan, mencari sokongan orang ramai untuk menjadikannya realiti. Senarai projek komuniti ini boleh dilihat di sini. Kesemua projek ini mempunyai masa 30 hari untuk mencapai sasaran kutipan. Jika tidak, ianya akan dikira tidak berjaya.

Jika anda berminat dengan mana-mana projek komuniti webe dan mahu menyokongnya, layari lamanweb www.webe.com.my atau muat turun aplikasi webe dari Apple Appstore atau Google Playstore.

webe - penggerak 7 projek komuniti

Sekali lagi, tiada pelan internet webe diumumkan hari ini, yang ada hanyalah 7 projek komuniti. Tiada pelan RM8 dapat 20GB, dan tiada pelan tanpa had RM80. Mungkin ia akan diumum kemudian, tapi memang tiada hari ini.

Kena tunggu lagi laa. Tapi kalau ada persoalan, webe kata boleh terus tanya CEO CC Puan, di twitternya @ccpuan.

webe - ada soalan boleh tanya cc puan

Trackbacks

  1. […] April yang lalu, webe mengadakan satu majlis pengenalan jenama webe. Pada ketika itu, ia diterajui oleh CC Puan sebagai CEO-nya. Kemudian webe […]

  2. […] adalah syarikat telekomunikasi baru yang lahir dari P1. Pengenalan pertamanya agak unik, kerana ia tidak melancarkan pelan, tetapi memperkenalkan komuniti webe. Ramai yang […]

  3. […] nama baru bagi P1, baru dilancarkan minggu lepas. Ia dikatakan bakal menawarkan pelan 4G LTE, menjadi syarikat telekomunikasi 4G ke-5 di […]

  4. […] ramai berdukacita apabila Webe hanya mengumumkan penukaran namanya dari P1, kepada Webe pada majlis pelancaran minggu lepas. Tiada pelan baru […]

Apa komen anda?