Test Produk – HTC One A9, kembalinya pakar besi premium

Intro

Share Button

KELEBIHAN

+ badan besi penuh menawan
+ nipis kecil sedap dipegang

KEKURANGAN

– tiada lagi pembesar suara stereo
– pengimbas capjari kurang responsif
– harga yang tinggi untuk kelas pertengahan

Pengenalan

Tahun 2015 dilihat tahun yang agak muram bagi HTC. Model terbaik mereka, One M9 dilihat kurang memberi impak kepada orang ramai. Ia mungkin kerana penggunaan CPU Snapdragon 810 yang mempunyai banyak masalah. Kemudian, One M9+ muncul dengan fungsi tambahan seperti pengimbas capjari, tetapi ia menggunakan CPU Mediatek Helio X10 sahaja.

Hujung tahun 2015, HTC kembali dengan memperkenalkan One A9. Sedikit sebanyak, ia mengembalikan minat orang ramai kepada jenama ini. Tetapi, rekabentuknya menerima komen ramai, yang dikatakan sangat menyerupai iPhone 6. Menurut HTC, ia adalah rekaan asli mereka, sebagai pengeluar telefon berbadan besi sepenuhnya yang pertama di dunia.

Adakah pengenalan siri-A ini mampu mengembalikan keyakinan masyarakat kepada HTC? Jom kita sama-sama membedah telefon pintar HTC One A9 ini, yang dijual pada harga RM2,299 di Malaysia.

Test Produk HTC One A9 - atas marmar skrin depan Test Produk HTC One A9 - atas marmar belakang

 

[MUKA 2: Rekabentuk, Prestasi dan Kamera]

Apa komen anda?