Strim video tanpa kekangan data bersama Digi Video Freedom

Share Button

Salah satu tawaran terbaik digi yang tiada pada talian lain, adalah strim muzik tanpa risaukan had data, melalui promosi Digi Music Freedom. Hari ini, Digi meningkatkan tawaran ini, dengan melancarkan promosi strim video.

Bermula 15 April 2016, pengguna Digi boleh menonton video secara strim, dengan kuota khas berganda melalui Digi Video Freedom. Platform yang menyertai Digi Video Freedom adalah Youtube, iflix, Astro on the Go, HyppTV, Viu, Dailymotion dan juga Tonton.

pelancaran digi video freedom - tujuh platform strim video

Tawaran ini terbuka kepada semua pengguna prabayar dan pascabayar Digi. Terdapat dua jenis pas yang diperkenal. Pelan 1 jam boleh dilanggan berharga RM1, dan pelan harian pula RM5.

Polisi penggunaan samarata Digi Video Freedom ini, mengehadkan penggunaan kepada 3GB data untuk pas 1 jam. Bagi pelan harian RM5 pula, had kuota ialah 5GB. Bagaimanapun, pengguna boleh melanggan lagi pas yang sama, selepas kehabisan kuota.

pelancaran digi video freedom - harga pas jam dan harian

Untuk melanggan pas Digi Video Freedom ini, pengguna boleh melakukannya menerusi aplikasi MyDigi, yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Pengguna pas, boleh menonton video strim platform yang menyertai, samada melalui aplikasi mudahalih ataupun di lamanweb.

Seperkara lagi, tawaran ini untuk masa terhad. Tiada tarikh diumumkan lagi, tetapi mungkin harganya akan naik selepas tamat promosi. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Digi Video Freedom di digi.my/videofreedom.

Apa komen anda?