Strim Tanpa Had Melalui Video-Onz Daripada U Mobile

Share Button

U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile) hari ini hadir dengan satu produk menarik. Video-Onz™ adalah satu inovasi daripada mereka, khas buat pengguna yang ketagihan kandungan multimedia dalam talian. Dengan penstriman tanpa had PERCUMA 24 jam sehari, ia bakal memberi kelegaan buat pengguna pra dan pascabayar mereka daripada perlu memantau penggunaan data untuk menikmati kandungan multimedia.

Video-Onz boleh dinikmati oleh pelanggan U Mobile yang berstrim daripada mana-mana 11 rakan penyedia kandungan U Mobile. Mereka adalah:

1. YouTube

2. HyppTV Everywhere

3. Viu

4. iflix

5. Youku Tudou

6. Astro on the Go

7. tonton

8. ErosNow

9. Herotalkies

10. OnFM

11. Pocketimes

umobile video onz featured

Pelanggan U Mobile akan dibanjiri dengan pelbagai pilihan hiburan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu, inggeris, korea, mandarin, kantonis, tamil, hindi, justeru bengali.

Tambah menarik, bersempena dengan pelancaran Video-Onz, HyppTV menawarkan akses percuma kandungan Live TV mereka selama 2 bulan. Selain itu, Viu juga memberikan akses premium percuma selama 60 hari kepada pengguna Video-Onz. Manakala Herotalkies pula memberikan tempoh percubaan selama 1 bulan kepada pelanggan U Mobile.

CMO U Mobile, Jasmine Lee melaporkan, sejak mereka menjalankan ujian litmus terhadap penstriman YouTube tanpa had di luar waktu puncak pada Oktober 2015, pengguna sangat mengalu-alukan langkah tersebut. Pihak U Mobile mencatatkan peningkatan sebanyak 14 kali ganda dalam penggunaan data untuk tujuan penstriman video sejak itu. Maka, selepas diperhalusi, U Mobile hadir dengan Video-Onz.

U Mobile Video Onz - Pelan i60 5GB

Video-Onz akan ditawarkan pada pelanggan pelan P70, i90, dan i130. Mereka akan menerima khidmat penstriman tanpa had, tanpa menggunakan kuota data mereka. Untuk pelan pascabayar yang lain, mereka akan menerima bonus data Video-Ons, sama banyak dengan kuota data bulanan yang dilanggan.

Pelanggan prabayar juga tidak ketinggalan menerima tempias Video-Onz. Mereka akan juga akan menerima bonus sekali ganda daripada quota yang mereka beli. Misalnya, pelanggan UMI 30 yang melanggan 1.5GB data, akan menerima 1.5GB data khas untuk Video-Onz.

Walau bagaimanapun, Video-Onz mengehadkan kelajuan strim pada 1.5Mbps. Ianya sama seperti apa yang T-Mobile tawarkan melalui Binge On. Sila layari laman U Mobile untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Comments

  1. Azharin

    Saya ambik pakej p98.. saya nk tgk movie di iflix tp saya takut ada caj apa2 melalui bil saya kerana setiap kali saya tekan play di movie yg saya nk tonton iflix akan meminta no telefon kita untuk verify untuk dia hntr kod..apa maksudnya tu?? Saya tk masuk kn no fon saya sbb takut kena caj dr iflix..tlg jwp kemusykilan saya ni b kenaan iflix..

    • TheSkop

      Pengguna pelan prabayar UMI30, akan mendapat data tambahan Video-Onz sama banyak dengan kuota data langganan, iaitu 2.5GB+2.5GB.

    • TheSkop

      U Mobile kata, promosi Video-Onz percuma ni sampai 31 Julai 2016. Apa berlaku lepas tu, masih belum diberitahu lagi. Mungkin kena bayar, atau mungkin kuota Video-Onz dikurangkan. Kena tunggu pengumuman U Mobile.

    • TheSkop

      pascabayar ni postpaid, tunggu bil sampai baru bayar. prabayar ni prepaid, kena beli kredit dulu, tolak duit terus bila langgan pelan.

    • TheSkop

      Video Onz ni data tambahan khas di talian U Mobile untuk tonton 11 platform strim video yang disenaraikan di atas. Kalau melanggan pelan Hero P70, Video Onz diberikan tanpa had. Maknanya tonton YouTube, iflix, Viu dan HyppTV Everywhere tak makan kuota data langsung. Boleh tengok strim guna talian U Mobile 24/7 tanpa henti.

      • azri

        maknanya kalau line umobile saya dijadikan hotspot utk 3 sambungan yang melayari youtube pun data umobile tak bejalan?

        • TheSkop

          Dari cubaan kami, hotspot yang layari Youtube juga menggunakan data Video-onz. Boleh cuba pantau penggunaan data melalui aplikasi My U Mobile.

Trackbacks

  1. […] ditambah lagi dengan pengenalan Video-Onz, data khas penstriman video di 11 platform yang diberi percuma tanpa had untuk pengguna P70 ke […]

Apa komen anda?