Sony Letak Papan Iklan Sebagai Paparan Xperia X Premium?

Share Button

Sony terus ingin menjadi yang pertama. Xperia Z5 Premium adalah siri Z yang terakhir keluaran Sony sebelum ia digantikan dengan siri baharu X. Z5 Premium adalah peranti pertama memiliki skrin 4K, atau kira-kira 806 piksel dipadatkan dalam seinci. Ianya dua kali ganda berbanding purata masa ini.

Xperia X Performance pula, memiliki paparan paling cerah di dunia. Menggunakan teknologi Whitemagic, skrinnya sebesar 5.5 inci dengan HD Penuh menyokong Julat Dinamik Tinggi (HDR). Maka, Xperia X Performance adalah peranti pertama yang ada fungsi ini.

Tetapi, siri X masih belum lengkap tanpa model Premium, seperti yang ada pada siri Z. Jika dilihat pada spesifikasi Z5 Performance, segalanya adalah perkakasan yang terbaik masa ini. Di bahagian manakah ia boleh ditambah baik? Warga pemerhati berpendapat ianya pada paparan.

Xperia X Performance Black

Xperia X Performance dilancarkan pada MWC 2016, Februari lalu

Hal ini kerana, pada september tahun lalu, Japan Display Inc. (JDI) telah membangunkan modul paparan LCD yang menyokong fungsi HDR dengan bantuan teknologi ‘WhiteMagic’ daripada Sony. Hasilnya, siri Z kesemuanya mampu memancarkan cahaya sehingga 680 nits dan mampu menghasilkan gambar yang menarik berbanding pesaingnya.

Kini khabar angin bertiup tentang X Premium, peranti pertama yang boleh mencatatkan sehingga 1300 nits. Menurut Samsung dalam laporan berkaitan teknologi White Paper milik mereka, 1500 nits adalah kecerahan yang digunakan untuk paparan iklan manakala 500 nits untuk kegunaan biasa.

Untuk perbandingan, Samsung S7 edge mampu mencatatkan 610 nits manakala Xiaomi Mi 5 628 nits. Selain itu, X Premium dikhabarkan menggalas Snapdragon 820 dengan gandingan GPU Adreno 530 dan RAM 3GB.

Sumber

Apa komen anda?