Siaran langsung DOTA ESL ONE Manila 2016 menerusi Astro

Share Button

Meneruskan usaha memperkasa sukan elektronik di Malaysia, Astro sekali lagi tampil menyiarkan pertandingan sukan elektronik ESL ONE Manila 2016. Astro akan menayangkannya secara langsung dan percuma, menerusi Astro SuperSport Plus Saluran 808 dan Astro on the Go.

ESL ONE Manila 2016 akan mengumpulkan 8 pasukan terbaik dari seluruh dunia, berentap dalam permainan Dota 2 bagi mencapai gelaran juara Kejohanan ESL One. Hadiah yang disediakan dalam pertandingan ini, berjumlah USD250,000 (~RM974,212).

DOTA ESL One Manila 2016

Astro akan menyiarkan secara langsung perlawanan ESL One Manila 2016, pada 23 dan 24 April 2016. Penonton boleh menyaksikan pertandingan bermula dari pusingan kelayakan sehingga ke pusingan akhir.

Untuk menonton, buka saluran 808 Astro SuperSport Plus di set-top-box Astro, atau menerusi Astro on the Go. Ia boleh diakses menerusi lamanweb www.astroonthego.com atau aplikasi mudahalih iOS dan Android.

Maklumat lanjut tentang ESL One Manila 2016, boleh dilayari di http://en.esl-one.com/dota2/manila-2016/

Jadual ESL ONE Manila 2016 (Waktu Malaysia)

23 April, bermula jam 11 pagi:
Pusingan Kelayakan Kumpulan A & Kumpulan B

24 April, bermula jam 12 tengahari:
Pusingan Separuh Akhir
Pusingan Akhir

Trackbacks

  1. […] di beberapa lokasi seperti ESL One Frankfurt, ESL One Cologne, ESL One New York, dan terbaru ESL One Manila pada bulan April […]

Apa komen anda?