ONEXOX lancar pek permulaan prabayar edisi khas Harimau Selatan

Share Button

Juara Liga Super dan AFC tahun lepas, pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kerjasama dengan ONEXOX Sdn Bhd, untuk menghasilkan pek permulaan prabayar edisi khas JDT. Ia akan menjadi satu lagi produk premium khas buat koleksi peminat JDT.

Kerjasama ini diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Southern Tigers Sdn Bhd, En. Rezal bin Dato’ Rahim bersama CEO Kumpulan XOX Bhd, En. Ng Kok Heng.

Pek permulaan prabayar ini dikenali sebagai edisi khas ‘Southern Tigers Club’. Ia akan memiliki menu USSD ONEXOX yang diubahsuai. Menu ini boleh diakses dengan mendail kod khas. Walaupun ia direka khusus untuk peminat Harimau Selatan, ia akan boleh dibeli di seluruh Malaysia.

Pelancaran pek prabayar JDT OneXOX bersama peminat

Talian ONEXOX menyediakan rangkaian sepantas 4G LTE. Peminat JDT boleh menonton siaran langsung perlawanan secara strim menerusi saluran JDTTV, menggunakan talian 4G LTE di ONEXOX.

Jika anda peminat JDT yang berminat untuk mendapatkan kad prabayar edisi khas JDT ini, nantikan pengumumannya di Facebook ONEXOX atau instagram ONEXOX.

Apa komen anda?