M4GIC SIM, Magis Terbaharu Daripada Celcom

Share Button

Selepas Maxis melakukan penambahbaikkan pada pelan prabayar mereka melalui Hotlink FAST Prepaid, Celcom juga tidak mahu ketinggalan. M4GIC SIM adalah kesinambungan kepada pelan MAGIC SIM yang telah mereka lancarkan Jun tahun lalu.

Berbanding MAGIC SIM yang lama, kadar panggilan pada M4GIC SIM adalah sekali ganda lebih tinggi iaitu pada kadar 24 sen seminit. Walau bagaimanapun, satu ciri baharu yang tiada pada versi sebelum ini adalah panggilan sesama rangkaian adalah percuma tanpa had.

Jika sebelum ini, pengguna MAGIC SIM boleh menikmati Internet Asas tanpa had, pada NEW M4GIC SIM mereka telah dihadkan kepada 500MB. Tambah menyedihkan, M4GIC SIM tidak lagi menyediakan Internet Burung Hantu percuma tanpa had, ia perlu dibeli malah mempunyai kuota!

m4gic sim rate

Selain itu, mereka juga memperkenalkan produk Tambah Nilai M4GIC yang baru. Tambah Nilai M4GIC membolehkanan pengguna M4GIC SIM memilih pelan Internet yang sesuai dengan gaya penggunaan mereka. Tambah Nilai M4GIC hadir dalam lima jenis, S, M, L, XL dan 2XL.

S adalah pelan Harian berharga RM8 dengan quota data sebanyak 1GB. M pula adalah pelan Mingguan yang menyediakan data sebanyak 1GB pada harga RM18.

Bagi pelan bulanan pula, L (RM38), XL (RM48), dan 2XL (RM68) masing-masing menyediakan data sebanyak 4GB, 5GB, dan 7GB. Tetapi, daripada jumlah kuota yang diperoleh pengguna untuk pelan bulanan, 2GB dikhususkan untuk penggunaan pada hujung minggu sahaja. Selain daripada data, semua Tambah Nilai M4GIC memberikan panggilan tanpa had dalam kalangan rangkaian Celcom.

m4gic sim pelan internet

Pada harga RM5, pengguna juga boleh mendengar muzik tanpa had melalui portal Yonder Music dan menerima sebanyak 10GB data untuk Internet Burung Hantu. Tidak sempat menghabiskan data bulan itu? Usah risau, ia akan dibawa ke bulan berikutnya.

Selain itu, pengguna yang melanggan Pelan Internet Bulanan XL dan 2X akan turut menerima panggilan percuma ke rangkaian lain, masing-masing sebanyak 30 minit dan 60 minit.

celcom m4gic reload

Bersama-sama tawaran yang lain, pengguna M4GIC SIM juga menerima akses Internet Asas PERCUMA untuk digunakan bersama aplikasi mesej seperti Whatsapp WeChat, dan Facebook Messenger. Bagi pengguna baharu, 200MB data dan RM6 kredit disediakan percuma apabila mereka membeli pek permulaan yang berharga RM10.

Pengguna MAGIC SIM yang lama masih terus boleh menggunakan pelan mereka seperti biasa dan pek permulaan MAGIC SIM masih boleh dibeli seagi stok masih ada.

Maklumat lanjut tentang M4GIC SIM boleh dirujuk di laman produk tersebut.

Apa komen anda?