Lagi Peranti Baharu Daripada Samsung?

Share Button

Sebulan selepas Lee Kwang Soo hadir ke Suria KLCC untuk melancarkan Samsung Galaxy S7 edge  yang mempunyai skrin lengkung dan kalis air, flagship Samsung yang bernilai RM3,099 ini bakal berdepan dengan pendatang baharu tidak lama lagi.

Pelancaran Galaxy S7 edge - penuh kamera nak ambil gambar Lee Kwang Soo Samsung Galaxy S7 edge dilancarkan pada 17 Mac 2016 oleh selebriti Korea, Lee Kwang Soo di Suria KLCC

Samsung Malaysia dikhabarkan memberi bayangan tentang kedatangan produk baharu mereka ke tanah air tidak lama lagi. Butiran peranti tersebut tidaklah diketahui lagi, tetapi dari apa yang kedengaran, pendatang baharu ini berciri hampir serupa dengan Galaxy S7 Edge.

Galaxy S7 Edge adalah raja telefon pintar yang dilacarkan pada MWC 2016 yang lalu. Dikuasakan cip pemproses Exynos 8890 Octa dan 4GB RAM, ia adalah spesifikasi telefon yang terbaik boleh dimiliki setakat ini.

Selain itu, Galaxy S7 Edge mencatatkan markah DxOMark paling tinggi pernah diraih oleh mana-mana peranti setakat ini, sebelum HTC 10 datang mencabar. Adakah pendatang baharu ini akan menggoyahkan Galaxy S7 Edge? Sama-sama kita nantikan pengumuman Samsung Malaysia esok.

Apa komen anda?