Xpax & Yonder Music membawa konsert Eksklusif Dato Siti Nurhaliza & Friends

Share Button

Suka dengar nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza? Jika anda penguna prabayar Xpax atau pascabayar Celcom FiRST, anda berpeluang menyaksikan konsert Dato Siti secara percuma, dibawakan khas kepada anda oleh Xpax & Yonder Music.

Xpax kini membawakan siri konsert Yonder Music Live, bermula dengan acara eksklusif menyambut 20 tahun kejayaan platinum Dato Siti Nurhaliza. Konsert ini akan diadakan pada 2 April 2016 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Pelancaran konsert Dato Siti Nurhaliza bersama Xpax dan Yonder Music

Diberi nama Konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, ia adalah konsert unik yang harus ditonton sendiri. Tetapi, acara ini eksklusif untuk pengguna Yonder Music, iaitu pengguna prabayar Xpax & pascabayar Celcom.‎

Konsert ini menampilkan orkestra penuh, dan akan diserta persembahan duet dari artis Malaysia dan serantau seperti Afgan, Anggun, Cakra Khan, Faizal Tahir, Hafiz Suip dan banyak lagi.

Hafiz Siti Nurhaliza Faizal Tahir di majlis pelancaran bersama Xpax dan Yonder Musicdari kiri: Hafiz Suip, Dato Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Pelanggan Xpax & Celcom berpeluang memenangi sepasang pas masuk ke konsert Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, dengan menuruti langkah di bawah:

Pelanggan Xpax
1. Langgan mana-mana pelan internet bulanan (MI30, MI40, MI60, FattNet)
2. SMS ke 28882
3. Muat turun & aktifkan Yonder Music
4. Maklumat tiket & lain info di www.xpax.com.my

Pelanggan Celcom FiRST
1. Langgan pelan FiRST Gold
2. SMS ke 28882
3. Muat turun & aktifkan Yonder Music
4. Maklumat lanjut di www.celcom.com.my

Selain itu, pelanggan juga boleh memenangi pas masuk dengan melanggan ‘Call Me Tones‘ Siti Nurhaliza menerusi aplikasi Yonder Music.

Satu lagi cara memenangi pas, adalah dengan bermain Trivia Play Beat it Music di www.bigwin.com.my. Tapi pastikan akaun Yonder Music telah diaktifkan.

Yonder Music adalah pemain lagu secara strim, eksklusif untuk pengguna Xpax & Celcom sahaja. Pengguna Celcom, tidak akan dikenakan caj data apabila strim lagu menerusi Yonder Music. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple Appstore atau Google Playstore.

Untuk maklumat lanjut tentang Yonder Music, layari lamanweb www.yondermusic.com

Comments

  1. 0197983039

    dato bila nak…..nak…ape yaa dah lupa aku. ahhh belayar ke afganistan..timbang-timbanglah dato miss u closer

Trackbacks

  1. […] membeli-belah, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah berupa tiket menonton konsert Dato’ Siti and Friends. Malah, 10 pelanggan pertama setiap hari, yang membeli peranti bersama pelan FiRST Gold, boleh […]

Apa komen anda?