Tempahan Galaxy S7 edge dibuka di Celcom dengan tawaran peranti percuma

Share Button

Seperti yang dijanjikan, hari ini Celcom telah membuka tempahan untuk mendapatkan Galaxy S7 edge bersama pelan FiRST mereka. Telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S7 edge yang berharga RM3,099 ini, ditawarkan Celcom secara kontrak 12 atau 24 bulan, bersama pelan pascabayar Celcom FiRST.

Selain mendaftar pelan secara kontrak, Celcom turut membuka tawaran ini bersama program NewPhone, dari serendah RM145 sebulan. Melalui program NewPhone, pengguna hanya membayar ansuran telefon dengan pilihan tanpa perlindungan peranti, atau dengan perlindungan peranti (tambahan RM30).

Samsung Galaxy S7 MWC 2016 - Soyacincau dan Theskop

Selepas 12 bulan, pengguna berpeluang bertukar ke telefon baru, dengan meneruskan bayaran ansuran yang sama. Bagaimanapun, harga ini tidak termasuk pelan Celcom FiRST dan cukai GST.

Terdapat dua jenis pelan untuk pengguna yang mahu mendaftar pelan sahaja, iaitu FiRST Blue dengan komitmen RM45 sebulan, dan FiRST Gold RM80 sebulan. Tawaran kedua-dua pelan sedikit berbeza di sini, di mana Celcom hanya menyediakan kontrak 12 bulan untuk FiRST Gold, tetapi bagi FiRST Blue dikenakan kontrak 24 bulan.

Pelan Celcom dengan tempahan Galaxy S7 edge

Malah, pelanggan yang mahu mendaftar pelan FiRST Blue, membayar wang pendahuluan RM150 bersama harga Galaxy S7 edge hanya RM2,448. Berbeza dengan FiRST Gold, yang perlu membayar wang pendahuluan RM80 sahaja, tetapi harga peranti adalah RM2,689. Wang pendahuluan yang dibayar, akan direbatkan ke dalam bil bulanan pengguna.

FiRST Blue = kontrak 24 bulan + RM150 + RM2,448

FiRST Gold = kontrak 12 bulan + RM80 + RM2,689

Tempahan Galaxy S7 edge di Celcom ini dibuka dari 10 hingga 14 Mac 2016. Satu kelebihan untuk tempahan ini ialah, pembeli boleh mengambilnya pada 17 Mac, sehari lebih awal dari tarikh jualan Galaxy S7 edge di Malaysia iaitu 18 Mac. Tetapi, unit tempahan ini adalah terhad. perlu segera mendapatkannya menerusi lamanweb tempahan Celcom.

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, segera ke lamanweb tempahan Galaxy S7 edge Celcom.

 

Trackbacks

  1. […] Digi menyertai Maxis dan Celcom, menawarkan jualan telefon pintar Samsung Galaxy S7 edge bersama kontrak pelan Digi. Tetapi, Digi […]

Apa komen anda?