Jam pintar Emas Ros bertatah Swarovski Zirconia ditampilkan Huawei Watch Jewel dan Elegant

Share Button

Satu lagi produk, ataupun lebih tepat lagi dua jam tangan pintar Huawei, turut dilancarkan di samping Mate 8 dan MediaPad M2 10.0. Direka khusus untuk wanita, Huawei memperkenalkan jam pintar Huawei Watch Jewel & Huawei Watch Elegant.

Rekabentuk dua jam pintar baru Huawei Watch ini, tidak banyak berbeza dengan yang dilancarkan dulu. Ia mempunyai muka jam menggunakan kristal nilam, berdiameter 1.4-inci dengan resolusi 400×400. Tetapi tali jamnya sedikit lebar, berukuran 44mm.

Huawei Watch Jewel - muka depan

Perbezaan yang paling ketara, adalah badannya kali ini diperbuat dari Emas Ros. Selain itu, Huawei Watch Jewel mendapat sentuhan tambahan 68 kristal Swarovski Zirconia, menjadikannya lebih berkilauan, anggun dan bergaya.

Dikuasakan sistem operasi Android Wear, Huawei Watch Jewel & Elegant boleh berhubung dengan peranti Android 4.3 ke atas, dan iOS 8.2 ke atas melalui sambungan Bluetooth dan WiFi. Baterinya sebesar 300mAh, dijangka boleh bertahan untuk penggunaan seharian.

Jam pintar Huawei Watch Jewel & Elegant akan mula dijual di Malaysia, pada penghujung April 2016. Huawei Watch Jewel bertatahkan Swarovski Zirconia dijual pada harga RM2,299. Manakala Huawei Watch Elegant pula berharga RM1,999.

Huawei Watch Jewel Elegant - harga dan tarikh Huawei Watch Jewel - muka depan dan tali kulit Huawei Watch Jewel - belakang dan tali kulit Huawei Watch Elegant - muka depan Huawei Watch Jewel - muka depan

Apa komen anda?