Jadi yang terawal tempah Galaxy S7 edge dan terima diskaun 20%

Share Button

Persoalan tentang ketibaan telefon pintar terbaru Samsung akhirnya terjawab. Samsung Malaysia hari ini mengumumkan tarikh tempahan Galaxy S7 edge di Malaysia, dan ia akan datang dengan tawaran yang sangat istimewa.

Buat makluman, Samsung Malaysia nampaknya tidak akan menjual Galaxy S7 dalam masa terdekat ini. Hanya Galaxy S7 edge yang akan tiba di Malaysia bulan ini.

Galaxy S7 dan S7 edge pamerkan TheSkop di MWC 2016 - depanGalaxy S7 edge (kiri) & Galaxy S7 (kanan)

Tempahan Galaxy S7 edge akan mula dibuka pada jam 12 tengah malam, 7 Mac 2016. Ia akan berjalan sehingga 11 Mac 2016. Telefon pintar Galaxy S7 edge di Malaysia diumumkan berharga RM3,099 di Malaysia, termasuk GST.

Apa yang sangat menarik pada waktu tempahan ini, adalah tawaran hadiah percuma dari Samsung. Tetapi ianya terhad. Khas untuk 1,000 tempahan pertama sahaja, pembeli Galaxy S7 edge akan mendapat diskaun 20%, bermakna harganya menjadi RM2,479.20 sahaja!

Tempah Galaxy S7 edge sekarang untuk diskaun hebat

Selain diskaun 20%, 1,000 tempahan terawal ini turut menerima kad mikroSD 128GB dan jaminan tambahan setahun, menjadikan ia dijamin selama 2 tahun. Jika anda tidak tahu, Samsung telah mengembalikan slot kad mikroSD di Galaxy S7 edge.

Akhir sekali, pembeli yang membuat tempahan awal ini akan menerima Galaxy S7 edge pada 17 Mac, sehari lebih awal dari tarikh mula jualan. Bolehlah berbangga sikit, jadi lebih awal dari yang terawal menggunakan Galaxy S7 edge ini.

dua baris skrin edge aplikasi di Galaxy S7 edge MWC 2016skrin lengkung Galaxy S7 edge kini menyokong dua baris aplikasi

Jika anda berminat untuk menjadi salah seorang dari 1,000 yang terawal ini, apa yang perlu dilakukan adalah, melawat lamanweb tempahan Galaxy S7 edge di sini. Kemudian, bayar deposit RM300 melalui sistem pembayaran yang disenaraikan.

Pilih salah satu dari 3 jenis warna yang disediakan iaitu Hitam Onyx, Perak Titanium atau Emas Platinum. Selepas itu, pilih pula di mana anda mahu Galaxy S7 edge itu diambil dan tungu hingga tempahan disahkan. Akhir sekali, pada 17 Mac pergi ke tempat yang telah anda pilih, bayar baki dan ambil Galaxy S7 edge anda yang baru.

Jadi, jangan lupa untuk membuat tempahan secepat mungkin di lamanweb, apabila ia dibuka pada jam 12 tengah malam 7 Mac 2016 nanti. Hanya 1,000 tempahan terawal sahaja yang akan menikmati semua ganjaran hebat iaitu diskaun 20%, kad mikroSD 128GB, dan tambahan jaminan setahun.

Kalau masih tak pasti nak beli ke tak, apa kata tengok video kami tentang 7 sebab Galaxy S7 sangat best, di bawah ini.

 

Comments

  1. Thunder

    aq rasa konfem Malaysia akan dapat SAMSUNG EXYNOS 8890. Hmmm Kalau aq nak mesti la perfect. SnapDragon 820. Semoga Galaxy J7 (2016) nanti SAMSUNG x kan buat mc A series 2016. Black+Gold. I want Perfect Gold+Gold

Trackbacks

  1. […] pintar Samsung yang sangat laris dijual tahun lepas. Semasa pelancaran, ia diperkenalkan dengan 3 pilihan warna, sebelum ditambah warna merah jambu. Kemudian muncul edisi khas Injustice dengan tema Batman, […]

  2. […] sebelum ini telah membuka tempahan awal untuk Galaxy S7 edge, dan 3,000 unit telah habis ditempah dalam masa beberapa jam tempahan dibuka. […]

  3. […] malam tadi, siri tempahan pertama telefon pintar terbaru Samsung, Galaxy S7 edge telah bermula. Sebanyak 1,000 unit yang ditawarkan […]

  4. […] Malaysia telah mengumumkan tarikh pra-tempahan telefon terbaru mereka, Galaxy S7 edge yang akan dijual pada harga RM3,099. Malah, […]

Apa komen anda?