FIFA Interactive World Cup 2016 disiar percuma menerusi Astro SuperSport & Astro on the Go

Share Button

Astr mengorak setapak langkah lagi dalam dunia sukan elektronik, apabila mengumumkan akan menayangkan satu lagi pertandingan e-sukan bertaraf dunia, FIFA Interactive World Cup 2016 (FIWC 2016). Pusingan akhir FIWC 2016 ini akan ditayangkan secara langsung di Astro SuperSport Plus Channel 808 dan Astro on the Go.

FIWC 2016 adalah pertandingan bolasepak elektronik berasaskan permainan popular, FIFA 16. Kejohanan ini menampilkan 32 peserta pusingan akhir, yang akan bermain di peringkat kumpulan, kemudian ke pusingan kalah mati sehingga juara ditemui. Juara FIWC 2016 akan membawa pulang wang tunai bernilai USD20,000 (~RM81,461), serta tiket menyaksikan acara pengumuman pemenang FIFA Ballon d’Or.

Astro sebelum ini telah menayangkan secara langsung, beberapa pertandingan e-sukan seperti Dota 2, League of Legends dan juga Starcraft II. Dengan tayangan terbaru ini, ia menambah permainan bolasepak FIFA 16 ke dalam senarai tayangan langsung Astro.

Pusingan akhir FIWC 2016 akan diadakan di The Apollo Theater, New York di Amerika Syarikat. Peserta pusingan akhir ini telah melepasi peringkat saringan yang diadakan di dalam talian, menerusi Playstation Network dan Xbox Live. 32 peserta akan berentap meraih kedudukan juara FIWC 2016, bermula dari jam 6 pagi waktu Malaysia, pada 23 Mac 2016.

Penduduk di Malaysia boleh menyaksikan pusingan akhir FIWC 2016 secara percuma menerusi saluran Astro SuperSport Plus Saluran 808 (untuk pengguna Astro Byond sahaja), ataupun menerusi Astro on the Go, dengan memilih Tab LIVE TV. Astro on the Go boleh ditonton menerusi pelayar di lamanweb www.astroonthego.com, ataupun di aplikasi mudahalih iOS dan Android..

32 peserta pusingan akhir FIFA Interactive World Cup 2016

Apa komen anda?