Dapatkan internet tanpa had di luar negara dengan Travel Recommends

Share Button

Pasti ramai gemarkan percutian, apatah lagi dengan trend backpacker yang semakin meningkat kebelakangan ini. Melancong ke luar negara dengan perancangan sendiri, akan menjadi lebih mudah dengan bantuan internet di luar negara. Salah satu caranya, adalah dengan mendapatkan router dari Travel Recommends.

Travel Recommends menawarkan sambungan internet di kebanyakan negara di seluruh dunia, melalui sewaan routernya. Dari serendah RM15 sehari, pengguna boleh menghubungkan peranti pintar dan tablet ke internet, melalui router yang disewa.

Tawaran RM15 sehari di Jepun Korea dan Taiwan dengan Travel Recommends

Jika dibandingkan dengan pelan perayauan MaxisONE World, menyewa router Travel Recommends adalah jauh lebih murah. Dengan perayauan MaxisONE World, pengguna membayar RM38 sehari untuk 500MB data harian, kemudian menggunakan kuota data internet pengguna apabila habis 500MB tersebut. Kelebihannya, boleh membuat dan menerima panggilan dan SMS tanpa caj tambahan.

Tetapi, hanya pengguna pelan MaxisONE sahaja boleh menggunakan perayauan MaxisONE World.

Dengan pelan Travel Recommends, pengguna akan mendapat sambungan internet berkelajuan pantas tanpa had ketika di luar negara. Tetapi tidak pula dinyatakan kelajuannya, tapi pasti sekurang-kurangnya kelajuan 3G.

Untuk menggunakan perkhidmatan Travel Recommends, buat tempahan sekurang-kurangnya 5 hari sebelum tarikh perjalanan, melalui lamanweb Travel Recommends. Terdapat dua pilihan untuk mendapatkan router yang ingin disewa. Samada mengambil dan memulangkannya sendiri di kaunter Travel Recommends di KLIA. Ataupun membayar tambahan RM10 untuk ia dihantar dan diambil dari rumah.

Semasa tempahan, bayaran sewaan perlu dibuat bersama deposit RM200, melalui perbankan dalam talian. Di bawah ini adalah senarai harga terkini Travel Recommends, mengikut negara.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Travel Recommends, atau emel ke hello@travelrecommends.com. Selain itu, mereka boleh dihubungi melalui talian 03-2630 8313 atau WhatsApp ke nombor 010-394 6177.

Apa komen anda?