Celcom, Digi dan U Mobile turut berminat dengan iPhone SE

Share Button

Pelancaran iPhone SE dilihat menarik minat ramai, kerana harganya yang lebih murah tetapi prestasi setanding iPhone 6S yang jauh lebih mahal. Ia telah dijual di Singapura dalam gelombang pertama jualan, dan dijangka tiba di Malaysia selewatnya hujung Mei 2016. Maxis dilihat sebagai yang pertama mahu mengesahkan penjualan iPhone SE, dan rangkaian lain kini juga mahu memberitahu, mereka juga akan menjual iPhone SE.

Celcom telah memaparkan banner di muka depan lamanwebnya, dengan notis ‘Coming Soon’ (akan datang). Tiada pautan tambahan kepada pendaftaran minat atau sebarang maklumat lain.

Manakala di Digi pula, mereka telah membuka pendaftaran minat seperti yang dilakukan Maxis. Bezanya, Digi meminta pengguna memberitahu warna dan kapasiti storan yang diminati. Perkara ini bukan mengesahkan tempahan, tetapi lebih kepada survey untuk melihat apakah model iPhone SE yang diminati ramai.

Di U Mobile, mereka juga membuka pendaftaran minat. Tetapi ia turut meminta maklumat tambahan, samada pengguna berminat untuk mendapatkan iPhone SE secara ansuran, melalui pelan U MicroCredit ataupun pelan semua-dalam-satu UPackage.

empat warna iPhone SE - kelabu angkasa emas ros perak dan emas

Jika anda berminat untuk memiliki iPhone SE menerusi salah satu dari 4 syarikat telekomunikasi utama Malaysia ini, mendaftar minat memastikan anda mendapat berita lebih awal dari yang lain. Malah, ia mungkin akan memaklumkan terus tawaran pelan dan kontrak yang akan disertakan bersama iPhone SE.

Kotak iPhone SE

Trackbacks

  1. […] Maxis & U Mobile yang bersiap sedia menjual. Telco-telco ini telah membuka pendaftaran minat di sini. Jangan lupa mendaftar untuk menjadi yang terawal menerima berita […]

  2. […] penjual yang terdapat di atas ini. Kalau masih boleh bersabar sampai hujung Mei depan, apa kata daftar dulu minat dengan syarikat telekomunikasi di […]

Apa komen anda?