Sony α6300 merakam video 4K dengan autofokus terpantas

Share Button

Sony Malaysia hari ini memperkenalkan kamera tanpa cermin dengan lensa boleh ubah terbaru mereka, α6300. Ia mampu merakam video beresolusi Ultra HD 4K, dengan piksel penuh dalam format Super 35mm.

Sony α6300 memiliki sistem fokus hebat yang dikenali sebagai sistem fokus 4D. Ia boleh mengunci fokus terhadap subjek, sepantas 0.05 saat. Ia turut memiliki 425 titik autofokus pengesanan fasa, tertinggi di dunia pada kamera dengan lensa boleh ubah.

kamera Sony a6300 ILS dengan AF terpantas merakam video 4K

Sony α6300 dilengkapi sensor CMOS Exmor APS-C 24.3MP. Ia dipadankan dengan pemproses imej BIONZ X, yang menghasilkan gambar luarbiasa menerusi sensitiviti ISO berkadar dari ISO 100 – 51200.

Dengan kehebatan sebegini, Sony α6300 boleh merakam gambar secara berterusan sehingga 11 bingkai sesaat (fps), ataupun 8 fps dalam mod live-view. Mod live-view memberikan gambaran tepat 100% bagi subjek yang bergerak pantas, samada di skrin LCD atau viewfinder.

kamera Sony a6300 ILS - skrin LCD

Sony α6300 adalah kamera pertama Sony yang tidak memiliki bingkai penuh, tetapi mampu merakam video 4K dalam format Super 35mm. Ia menggunakan kebolehan kamera merakam video menerusi sensor 20MP, dan mengubahnya kepada rakaman berkualiti tinggi 4K.

Rakaman video 4K ini menggunakan codec XAVC S, dengan kadar sehingga 100Mbps agar butiran terperinci dapat disimpan secara maksimum. Malah, kelajuan dan sensitiviti autofokus adalah dua kali lebih pantas dari model sebelum ini.

kamera Sony a6300 ILS - depan

Sony α6300 turut menyokong rakaman HD penuh dengan format 120 fps. Ini membolehkannya menjadi rakaman gerak perlahan, sehingga 4 ke 5 kali lebih perlahan.

Sony α6300 adalah kamera yang tahan lasak, terima kasih kepada aloi magnesium yang menjadi teras utama badannya. 9 butang yang boleh diubahsuai kepada 64 fungsi berlainan, terletak di ruang yang mudah dicapai. Kamera ini juga kalis debu dan kelembapan.

kamera Sony a6300 ILS - lensa boleh ubah

Untuk sambungan tanpa wayar, Sony α6300 memiliki Wifi dan NFC terbina. Ia boleh digunakan bersama aplikasi Sony PlayMemories Mobile yang terdapat di platform Android dan iOS. Aplikasi PlayMemories Camera juga boleh menambah kreativiti pengguna.

Kamera Sony α6300 akan mula dijual di Malaysia, bermula Mac 2016 bersama kit lensa SELP1650. Harganya masih belum diumumkan, tetapi ia dijangka sekitar USD1,000 (~RM4,160).

Untuk maklumat lanjut,layari laman produk Sony α6300.

 

Trackbacks

  1. […] pengenalan kamera α6300, adalah pelancaran siri baru lensa dari Sony, iaitu G Master. Ia adalah lensa E-mount dengan […]

Apa komen anda?