Penyelesaian awan Microsoft Azure melancarkan operasi Chatime

Share Button

Keberkesanan sistem pengurusan Chatime hari ini, satu jenama minuman teh yang terkenal di Malaysia, banyak dibantu oleh sistem penyelesaian awan Microsoft. Gabungan Windows 8 dan Microsoft Azure, memudahkan Chatime menguruskan lebih 150 cawangannya di seluruh Malaysia.

Sistem jualan (POS) lama yang digunakan, tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Ia bersambung dengan mesin pelayan utama di ibupejabat, dan perlu dikemaskini secara manual setiap hari.

Dengan maklumbalas dari pelbagai peniaga serta bantuan dari WebBytes, pada tahun 2014 Chatime berubah kepada sistem POS Microsoft berasaskan awan. Sistem ini berjalan di atas peranti Windows 8 dan platform Microsoft Azure, memudahkan pengurusan dijalankan dari mana-mana lokasi.

Sistem POS Windows 8 dan Microsoft Azure digunakan Chatime

Dengan semua data transaksi di awan, Chatime dapat meminimakan risiko kehilangan data disebabkan kerosakan perkakas. Microsoft menjamin perlindungan data peribadi dan keselamatan data di dalam pelayan awan mereka.

Kini, Chatime dapat mengakses semua data secara masa nyata. Seperti maklumat pembelian, air dan menu tambahan yang paling banyak terjual, serta banyak lagi. Ia dapat diakses dengan mudah, dari peranti Windows 8 di mana jua.

Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan tahun lepas, dengan bantuan sistem POS berasaskan Windows 8 yang mudahalih, Chatime boleh membawanya ke mana–mana lokasi kiosk yang dibuka di serta Kuala Lumpur. Hanya hubungkan ke internet, dan jualan boleh terus dilakukan.

Dengan sistem POS yang sangat memudahkan pengurusan mereka, Chatime kini mempertimbangkan untuk menaiktaraf peranti mudahalih mereka kepada tablet Microsoft Surface yang menggunakan Windows 10. Ia dapat membantu operasi mereka untuk berkembang di luar kedai dan lebih banyak lokasi sementara.

Apa komen anda?