[MWC2016] Vario Vision jelmaan semula Google Glass?

Share Button

Varia Vision keluaran Garmin adalah aksesori untuk kaca mata dengan fungsi head-up display, yang direka untuk penunggang basikal dan boleh disangkut pada apa-apa jenis kaca mata. Peranti dengan tanda harga USD399 (~RM1,684) ini memancarkan data seperti kelajuan, tenaga, jumlah kalori terbakar dan lain-lain lalu dipancarkan pada skrin kecil pada pinggir kaca mata itu.

Walau bagaimanapun, anda memerlukan peranti tambahan untuk menggunakan Varia Vision kerana peranti ini tidak ada sebarang sensor, kecuali sensor cahaya dan akselerometer, untuk memungut data. Peranti Garmin yang boleh dipadankan dengan Varia Vision adalah seperti Edge 1000, Edge 520, Varia Rearview Radar dan vivoactive HR.

MWC 2016 - varia vision - dipakai

Peranti seberat 29.7 g ini hanya 60 mm panjang. Paparan HUD Varia Visio mempunyai resolusi 428 x 240 piksel. Jangka hayat bateri pula dijangkakan selama 8 jam.

Ia ditambat pada peranti pintar menggunakan sambungan Bluetooth dan menyokong protocol ANT+. Panel sesentuh pada sisinya digunakan untuk mengawal peranti, yang menerima penilaian air IPX7 ini.

Varia Vision akan mula dijual pada suku ketiga 2016 dan dimaklumkan akan turut dijual di beberapa pasaran Asia.

Apa komen anda?