[MWC2016] Mi 5 tiba dalam cubaan membunuh peranti utama 2016

Share Button

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Setelah setahun tujuh bulan menunggu, akhirnya Xiaomi menyegarkan semula barisan flagship mereka dengan pelancaran Mi 5 di acara Eropah pertama yang disertai mereka, MWC 2016.

Walaupun antara Mi 4 dan Mi 5 hadirnya Mi4i, pada mata pengguna, ia hanya pengganti sementara sahaja disebabkan perkakasan yang terkandung di dalam badannya, ia tidak melayakkannya menerima panji Xiaomi daripada Mi 4. Kini tibanya pendatang baharu dalam keluarga Mi yang lebih berkuasa. Secara rasminya pihak Xiaomi mengumumkan flagship terbaru mereka, Xiaomi Mi 5.

MWC 2016 - pelancaran Mi 5 - putih sisi kiri

Seperti kebanyakkan flagship yang lain, ia diperkasakan oleh cip pemproses Snapdragon 820 dengan gandingan RAM sebesar 4GB, bukan RAM biasa tetapi daripada jenis LPDDR4.

Paparan HD penuh serta saiz skrin sebesar 5.15 inci menjadikan kepadatan pikselnya berada pada kira-kira 427 piksel per inci.

MWC 2016 - pelancaran Mi 5 - putih belakang

Kamera belakang menempatkan sensor Sony IMX298 sebesar 16MP dengan teknologi autofokus jenis PDAF (Phase Detection Auto Focus). Kamera ini juga datang dengan penstabil imej optikal 4-paksi.

Kamera hadapan pula tampak kurang bertenaga, hanya 4MP. Tetapi ia mempunyai saiz piksel 2 mikron yang lebih besar dari biasa.

MWC 2016 - pelancaran Mi 5 - spec kamera

Menurut Hugo Barra, untuk menyertakan pengimbas cap jari pada Mi 5, Xiaomi telah memecahkan tradisinya dengan satu butang perumah pada bahagian bawah skrin tersebut.

Pada kali ini, Xiaomi juga kekal menyisihkan slot mikro-SD pada peranti mereka. Xiaomi turut menggantikan modul penyimpanan kilat eMMC 5.0, kepada UFS 2.0 yang lebih pantas dalam segi pengurusan data dalaman.

Bateri Mi 5 mempunyai kapasiti sebesar 3,000mAh. Ia dilengkapi pengecasan pantas Qualcomm QuickCharge 3.0. Dengan pengecasan selama 10 minit, pengguna boleh menonton video selama 2.6 jam, atau navigasi GPS selama 2.7 jam.

MWC 2016 - pelancaran Mi 5 - hitam spec penuh

Mi 5 juga menyokong VoLTe. Penggunaan VoLTE dijangka akan bertiup kencang bermula tahun ini. VoLTE adalah teknologi menghantar suara melalui internet yang bakal merevolusikan dunia telekomunikasi untuk menggantikan sistem konvensional seperti GSM dan WCDMA.

Xiaomi mengeluarkan Mi 5 dalam beberapa konfigurasi. Variant yang paling murah mempunyai RAM sebesar 3GB dan ruang penyimpanan seluas 32GB atau 64GB, masing-masing dijual pada harga RMB1,999 (~RM1,293) dan RMB2,299 (~RM1,487). Variant paling mahal, Mi 5 Pro berharga RMB2,699 (~RM1,746) mempunyai RAM sebesar 4GB dan 128GB ruang penyimpanan.

Mi 5 akan dijual di China bermula 1 Mac 2016, dan diikuti pasaran antarabangsa lain kemudian.

MWC 2016 - pelancaran Mi 5 - harga

Dalam hal yang berkaitan, Xiaomi, pada Ogos 2015 telah merasmikan pengoperasian kilang pertamanya di India hasil kerjasama pihak mereka dengan Foxconn. Kerjasama eksklusif itu diadakan dengan sasaran untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap produk mereka di rantau itu. Mungkinkah kita akan mendapat set Mi 5 “Made in India” tidak lama lagi?

Trackbacks

  1. […] membawa siri telefon terbaik mereka ke Malaysia. Mi 5 yang dilancarkan pertama kali di pentas MWC 2016 di Barcelona, telah menemui rakyat Malaysia bulan Julai […]

  2. […] yang menyaksikan sendiri pelancaran Mi 5 di Barcelona, sangat teruja dengan penampilan baru Mi 5 yang serba bergaya, berkuasa tinggi dan paling utama, […]

  3. […] pembentangannya, Hugo turut mengumumkan satu lagi berita untuk India. Telefon pintar Mi 5 yang baru diperkenal di China & MWC Barcelona minggu lepas, akan tiba di India pada bulan […]

  4. […] Mi 4 gagal di pasaran antarabangsa, Xiaomi kembali mengganas dengan pelancaran Mi 5 di MWC 2016. Banyak perkara baru ditonjolkan di peranti utama terbaru Xiaomi […]

Apa komen anda?