[MWC2016] HP Elite X3, telefon Windows tapi…

Share Button

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

HP membawa gajet baru masuk dalam industri telefon pintar namun bukan menggunakan platform Android sebaliknya mencuba nasib dengan sistem operasi Windows yang dilihat sendiri TheSkop melalui model HP Elite X3.

Telefon tersebut menggunakan Windows 10 yang lengkap dengan Continuum bermakna ia boleh bertukar menjadi PC kecil yang boleh disambungkan ke mana-mana monitor.

HP Elite X3 - guna OS Windows

Dari pengamatan TheSkop, HP Elite X3 mempunyai rekaan yang baik dan kelihatan agak cantik dan mampu mengembalikan kegemilangan HP yang suatu ketika dulu mempunyai kuasa kuat dalam industri mudah alih.

HP Elite X3 menggunakan paparan 5.9 inci quad HD AMOLED yang sememangnya agak besar namun dengan kuasa pemproses Snapdagon 820 sudah pasti melegakan operasinya yang berupaya lancar.

HP Elite X3 - bahagian tepi

Ia menggunakan RAM sebanyak 3GB dan ia bakal dijual di pasaran Amerika Syarikat terlebih dulu pada April ini namun Malaysia bukan termasuk antara yang awal menerima HP Elite X3 malah bukan antara negara yang mendapat perhatian eksekutif mereka.

HP akan menawarkan dok untuk Elite X3 iaitu set bersama papan kekunci dan tetikus memudahkan penggunaan mod PC ketika anda menggunakan operasi Windows.

HP Elite X3 - bahagian belakang

Apa komen anda?