[MWC2016] GM 5 Plus peranti tunggal Android One di MWC

Share Button

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Umum mengetahui, Nexus adalah peranti yang diselia oleh Google sendiri, dan menerima kemaskini Android terkini yang dijamin dan terpantas. Tapi, tahukah anda tentang Android One?

Android One adalah Nexus versi mampumilik. Ia berharga rendah, dengan jaminan kemaskini terpantas. Salah satu pengeluar Android One, General Mobile (GM) mengambil kesempatan kemeriahan MWC 2016, dengan melancarkan peranti terbaru mereka, Android One GM 5 Plus di pameran tersebut.

Peranti Android One disasarkan untuk pemilik dengan bajet rendah. Tetapi GM melancarkan GM 5 Plus, dengan spesifikasi kelas pertengahan bertaraf premium, pada harga sekitar USD300 (~RM1,274).

 

Apa yang meletakkan GM 5 Plus di kelas pertengahan? Ia memiliki CPU Qualcomm Snapdragon 617 bersama 3GB RAM, serta 32GB storan beserta slot kad mikroSD.

Skrinnya beruuran 5.5-inci, beresolusi HD penuh dan menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 4 dengan lengkung di tepi 2.5D. GM 5 Plus menyokong rangkaian 4.5G CAT 7, dengan kelajuan muat turun hingga 300Mbps.

Android One GM 5 Plus spesifikasi

Kameranya juga melebihi kebiasaan. Untuk kamera belakang, ia menggunakan sensor Sony IMX258 13MP, bersama dwi-tona LED Flash. Kamera depannya menjadikan ia berbeza. Ia turut memiliki sensor 13MP, dengan autofokus dan LED Flash. Pasti selfie menjadi lebih menarik.

Baterinya pula berkapasiti 3,100mAh yang menyokong pengecasan pantas Qualcomm Quic Charge 3.0. Malah, ia menggunakan sambungan USB-C yang terbaru untuk mengecas dan penghantaran data. Sebagai peranti Android One, GM 5 Plus tersedia dengan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow.

GM memperkenalkan 4 warna bagi GM 5 Plus, iaitu Kelabu, Perak, Emas dan Emas Ros. Ia akan dipasarkan bermula dari Turki, diikuti pasaran antarabangsa di 15 buah negara.

Rose Gold

Apa komen anda?