[MWC2016] Digi antara 5 negara pertama hangatkan wanita

Share Button

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

GSMA hari ini mengumumkan pelancaran Inisiatif Komitmen Wanita Terhubung yang bertujuan mengurangkan jurang mudah alih berdasarkan jantina untuk negara yang anggotanya termasuk Malaysia.

Ahli GSMA di Malaysia iaitu Digi Telecommunications Sdn Bhd atau Digi menyertai  Indosat Ooredoo di Indonesia, Ooredoo Maldives, Ooredoo Myanmar, Robi Axiata Limited di Bangladesh, Tigo Rwanda dan Turkcell di Turki untuk memulakan inisiatif memartabatkan wanita dalam era mudah alih.

Dengan lebih 75 juta internet mudah alih dunia, inisiatif tersebut bertujuan untuk menyambung dan memberi akses kepada lebih ramai wanita di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana untuk berdaya saing menjelang 2020.

Pengendali ini akan berusaha untuk meningkatkan program khas untuk pelanggan wanita mereka untuk menyokong pembangunan mampan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB untuk mencapai kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan.

GSMA - program wanita di negara

Sebelum ini, program hampir sama GSMA sudahpun memberi manfaat kepada  15 juta wanita melalui pelbagai perkhidmatan berfokuskan wanita yang ditawarkan oleh rakan pengendali GSMA.

“Dalam dunia yang semakin berhubung, wanita kini seakan sedang ketinggalan,” kata Mats Granryd, Ketua Pengarah, GSMA. “Kajian GSMA menganggarkan terdapat 200 juta kurang wanita berbanding lelaki yang memiliki telefon bimbit di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Tetapi apabila wanita memiliki peranti mudah alih, mereka jauh berkemungkinan untuk menggunakannya untuk perkhidmatan yang lebih canggih. ”

Beliau memberi contoh seperti internet mudah alih dan transaksi wang secara online dan mengelakkan mereka terlepas peluang sosio-ekonomi utama. “Memastikan kemasukan digital dan kewangan bagi wanita adalah amat penting, kerana apabila wanita berkembang maju, masyarakat, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. ”

Antara program yang dikendalikan Digi termasuk meningkatkan bilangan ejen perempuan; meningkatkan proses top-up data lebih selamat dan lebih menarik kepada wanita; dan meningkatkan literasi digital di kalangan wanita melalui program pendidikan dan kandungan interaktif.

Merapatkan jurang gender dalam pemilikan telefon bimbit dan penggunaan di negara membangun boleh membuka peluang kepada kira-kira $170 bilion peluang pasaran mudah alih di dunia bagi tempoh 2015-2020.

Apa komen anda?