[MWC2016] 5+2 sebab Mi 5 ni memang sangat best

Share Button

Banner Theskop MWC 2016 - dibawakan oleh Samsung

Lepas Mi 4 gagal di pasaran antarabangsa, Xiaomi kembali mengganas dengan pelancaran Mi 5 di MWC 2016. Banyak perkara baru ditonjolkan di peranti utama terbaru Xiaomi ini.

Mungkin anda kurang pasti, tapi mari kami tekankan apa perkara yang menjadikan Mi 5 layak dipanggil pembunuh peranti utama 2016.

1. Spesifikasi terhebat masakini

MWC2016 - pelancaran Mi 5 - laju gila

CPU sahaja dah menggunakan Snapdragon 820 4-teras terbaru dari Qualcomm. RAM LPDDR4 memang sangat pantas, dengan kapasiti hingga 4GB. Storan pula dari jenis UFS2.0, ibarat storan eMMC dipasang enjin turbo. Gandingan semua ini menghasilkan markah Antutu melebihi 140,000 mengatasi semua peranti utama tahun lepas.

Tapi jangan lupa, ada sedikit perbezaan kelajuan CPU. Versi storan 32GB hanya selaju 1.8GHz, manakala storan 64GB & 128GB dipacu CPU selaju 2.15GHz.

2. Kamera OIS terhebat


Selain sensor kamera Sony IMX298 berkuasa 16MP F2.0, Mi 5 turut dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi termaju. Ia mengurangkan gegaran semasa mengambil gambar, sekaligus memastikan gambar kekal tajam.

Saksikan video perbandingan kamera Mi 5 bersama iPhone 6S yang tiada OIS, dan iPhone 6S Plus yang mempunyai OIS. Hasilnya memang menakjubkan.

3. Senibina yang menawan

MWC2016 - pelancaran Mi 5 - Mi 5 atas Mi Note belakang

Walaupun mewarisi rekaan Mi Note, Xiaomi memastikan Mi 5 sebagai peranti premium yang mengatasi mana-mana rekaan sebelumnya. Kaca belakang yang melengkung di sisi, diperhaluskan lagi kemasannya dan bergabung dengan bingkai besi. Ini menjadikan lengkungnya sempurna ke hujung, memang sedap dipegang.

Xiaomi turut melangkah setapak ke depan, dengan memperkenalkan kemasan seramik untuk Mi 5 Pro. Seramik adalah bahan yang tahan lasak sehingga 8H di skala kekerasan MOHS.

4. Butang fizikal Home dilengkapi pengimbas capjari

MWC2016 - pelancaran Mi 5 - butang home pengimbas capjari

Mi 5 bukanlah peranti dilengkapi pengimbas capari pertama dari Xiaomi. Tetapi ia adalah yang pertama menggunakan butang fizikal home sebagai pengimbas. Sedikit sebanyak, ini meletakkannya sebaris dengan peranti yang memang terkenal hebat, iaitu Samsung Galaxy S7 dan Apple iPhone 6S Plus.

5. NFC

MWC 2016 - pelancaran Mi 5 - putih spec penuh

Sambungan tanpa wayar sering dikaitkan dengan WiFi atau Bluetooth. Tetapi dengan adanya NFC di Mi 5, mengesahkan dirinya sebagai peranti premium. ini kerana peranti kelas bawahan dan pertengahan, memang tidak memiliki NFC.

Selain kegunaan sambungan pantas Bluetooth, NFC kini popular sebagai satu mod pembayaran pantas. Xiaomi mengumumkan kerjasama dengan NXP Semiconductors bagi sistem pembayaran mudahalih menggunakan NFC.

6. USB jenis-C

MWC2016 - pelancaran Mi 5 - sambungan USB-C

Semakin banyak peranti berkuasa tinggi telah mula menggunakan USB-C. Ini sekali lagi meletakkan Mi 5 di kelas teratas. Dengan USB-C, pengecasan dan penghantaran data lebih pantas boleh dicapai.

Xiaomi menggunakan teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0 untuk pengecasan pantas. Dengan teknologi ini, ia boleh mengecas bateri Mi 5 sebesar 3,000mAh sehingga 90% penuh dalam masa 1 jam sahaja.

7. Harga terlampau

MWC2016 - pelancaran Mi 5 - harga terlampau

Sebut nama Xiaomi, pastinya terdetik di fikiran harga telefon yang murah. Walaupun perkakasnya dilihat premium dan berkuasa tinggi, Xiaomi masih berjaya memastikan harga perantinya jauh lebih rendah dari jenama lain dengan perkakas yang sama.

Untuk Mi 5, harganya bermula dari RMB1,999 (~RM1,293) untuk versi 3GB RAM & 32GB storan. Versi 3GB & 64GB storan pula berharga RMB2,299 (~RM1,487). Model paling berkuasa, dengan 4GB RAM & 128GB storan pula hanyalah RMB2,699 (~RM1,746).

Harapnya, bila ia tiba di Malaysia ia boleh mengekalkan harga tidak jauh dari anggaran seperti di atas.

Trackbacks

  1. […] Baca lebih lanjut tentang Mi 5 dalam catatan kami sebelum ini di sini. […]

  2. […] masih berasa kurang pasti nak beli Mi 5 ni, cuba semak 5+2 sebab kenapa Mi 5 ni memang best. Apa pun, jangan lupa tarikh jualan Mi 5 pada 25 Jun nanti. Jangan pula esok habis pusing Plaza […]

Apa komen anda?