Main telefon sampai lupa lampu dah hijau

Share Button

viral-kapak-pemandu

Tindakan seorang lelaki yang mengamuk di atas jalanraya selepas dihon mengundang padah apabila dia kini dikesan pihak berkuasa selepas mengugut untuk mencederakan orang lain menggunakan kapak.

Lelaki tersebut dikatakan berang setelah dihon namun mangsa yang memandu di belakang bersama isteri beliau mendakwa lelaki itu leka menggunakan telefon bimbit sehingga tidak sedar lampu sudah bertukar hijau agak lama.

Sejurus setelah dihon, lelaki tersebut keluar daripada kenderaannya dan bertengkar dengan pemandu kereta belakang dan pertengkaran tersebut dirakam isteri pemandu. Ia dimuat naik di laman sosial dan menjadi viral hari ini.

Di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kenderaan yang menggunakan telefon bimbit meskipun ketika lampu merah boleh didakwa atas kecuaian.

Tindakan ke atas si pemandu sekiranya melaksanakan kesalahan ini ialah denda RM300.

Dalam laporan akhbar Harian Metro, Polis sudah mengenal pasti lelaki bersenjatakan kapak yang cuba menyerang suami isteri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, di sini, seperti yang ‘viral’ di Facebook semalam.

Ia boleh dibaca di sini [http://www.hmetro.com.my/node/116054]

Apa komen anda?