Lahirkan kemewahan dengan pelan prabayar Xpax FattNet 8GB

Share Button

Celcom baru melancarkan dua perkara baru untuk pascabayarnya, Celcom FiRST Gold dengan panggilan tanpa had, serta program menukar telefon setiap tahun percuma dengan NewPhone. Tetapi Celcom turut tidak meninggalkan ruangan prabayar, dengan melancarkan satu pelan khas sempena Tahun Baru Cina. Ia digelar, Xpax FattNet.

Seperti namanya, FattNet adalah pelan prabayar yang mewah dan gemuk. Ia menawarkan 8GB data, hanya RM88 sebulan. Selain itu, ia adalah tawaran khas dalam masa terhad, untuk meraikan Tahun Baru Cina.

Pelan internet prabayar Celcom Xpax harian mingguan bulanan

Selain 8 GB data, pelan ini turut memberikan 88 minit panggilan, serta 88 SMS ke talian Celcom sahaja. Tetapi pelanggan FattNet tetap boleh menikmati tawaran eksklusif Xpax yang lain.

Antaranya adalah strim muzik Yonder percuma, tanpa caj kuota data. Dapatkan juga internet burung hantu berkelajuan pantas tanpa had, dari jam 1am sehingga 7am.

Pelan prabayar FattNet ini boleh dilanggan mulai 5 Februari sehingga 31 Mac 2016 sahaja. Untuk pengguna Xpax yang berminat, aktifkannya dengan menghantar SMS “Net88” ke 28882.

Celcom Xpax Fattnet hanya RM88 sebulan Celcom Xpax Fattnet berbanding prabayar lain

Trackbacks

  1. […] ini. Pengguna harus melanggan salah satu pelan internet bulanan Xpax iaitu NET30, NET40, NET60 atau FattNet88. Kemudian, satu kod tebusan akan dihantar menerusi SMS. Bawa kod ini ke cawangan Blue Cube atau […]

Apa komen anda?