Harga premium HTC One A9 mula tersebar

Share Button

Minggu lepas, kami menyatakan HTC Malaysia akan melancarkan telefon pintar baru, HTC one A9 ke Malaysia pada 18 Februari 2016. Tapi, ia telah dijual lebih awal dari itu. HTC One A9 nampaknya telah dijual secara rasmi di Malaysia.

Perkara ini dapat dilihat di beberapa stor dalam talian, seperti DirectD dan Superbuy. Set rasmi HTC One A9 di Malaysia, dijual pada harga RM2,199 termasuk GST. Ia adalah model premium yang datang dengan 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Harga ini nampaknya sedikit mahal dari harganya di Amerika, iaitu USD499 (~RM2,056).

HTC One A9 dijual di DirectD

Walaupun bukan di kelas peranti utama, One A9 tergolong dalam telefon premium kelas pertengahan. Ia mempunyai badan unibodi besi sepenuhnya, yang kelihatan seperti iPhone 6 di belakang.

Dari segi spesifikasi, One A9 dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 617 8-teras, 3GB RAM, 32GB storan serta slot kad mikroSD. Ia mempunyai skrin 5-inci dengan resolusi HD penuh. Baterinya pula agak kecil, hanya 2,150mAh.

Kameranya kelihatan berprestasi tinggi, dengan lensa 13MP F2.0 beserta penstabil imej optikal (OIS) di belakang. Manakala kamera depannya menggunaan lensa Ultrapixel 4MP.

mai sechawan dengan HTC One A9

Satu kelemahan besar One A9, adalah ketiadaan pembesar suara stereo di depan. Tetapi, HTC melengkapkan One A9 dengan cip DAC berkualiti tinggi, beserta teknologi Dolby Audio 24-bit Hi-Res.

Boleh dikatakan, One A9 adalah telefon pertama bukan Nexus, dilengkapi Android 6.0 Marshmallow yang dijual di Malaysia. Seperkara lagi, One A9 menyokong rangkaian 4G LTE tetapi dengan satu slot kad sim sahaja.

Selain DirectD dan Superbuy, dijangkakan HTC One A9 boleh mula didapati dari penjual telefon pintar di seluruh Malaysia. Warna yang ditawarkan pula terhad kepada dua warna sahaja, iaitu Kelabu dan Emas.

HTC One A9 - kelabu dan emas

Tetapi pada harga RM2,199, One A9 dilihat terlebih mahal. Spesifikasinya dilihat tidak jauh dari Samsung Galaxy A7 2016, yang baru dilancarkan tetapi berharga hanya RM1,899. Malah, HTC One E9+ dengan badan plastik tetapi spesifikasi lebih baik, berharga RM1,899 sahaja. Galaxy S6 dan Xperia Z5 Compact, dalam lingkungan RM2,000+ juga.

Mungkin HTC ingin benar-benar memberikan rasa seperti penggunaan iPhone pada One A9 termasuk pada harganya. Bagaimana pula anda, berminat memilikinya?

Trackbacks

  1. […] anda berminat, mungkin boleh merujuk kepada jualan HTC One A9 dalam talian di DirectD atau Superbuy. Kerana ia telahpun dijual di sana seminggu lebih awal, ada diskaun […]

Apa komen anda?