G Master jenama baru lensa boleh ubah kamera Sony

Share Button

Bersama pengenalan kamera α6300, adalah pelancaran siri baru lensa dari Sony, iaitu G Master. Ia adalah lensa E-mount dengan teknologi, rekaan dan kalibrasi paling inovatif dari Sony. Ia membolehkan kualiti tangkapan gambar dan rakaman video dibawa ke tahap lebih tinggi. Lensa ini boleh digunakan bersama kamera Sony α6300 yang baru.

Pelancaran lensa G Master ini, membawakan tiga lensa baru iaitu:

1. Lensa Zum FE 24-70mm F2.8 GM Standard (SEL2470GM)
2. Lensa Prima FE 85mm F1.4 GM Telefoto (SEL85F14GM)
3. Lensa Zum FE 70-200mm F2.8 GM OSS Telefoto (SEL70200GM)

Lensa Sony FE 24-70mm F28 GM

Lensa Zum FE 24-70mm F2.8 GM Standard paling sesuai digunakan untuk rakaman portrait, perjalanan dan acara. Ia juga sesuai digunakan untuk rakaman harian. Ia kalis debu dan lembapan, serta memiliki suis AF/MF, juga kunci fokus dan zum.

Lensa Sony FE 85mm F14 GM 001

Lensa Prima FE 85mm F1.4 GM Telefoto adalah lensa portrait terbaik. Ia menggabungkan ketinggian resolusi serta kedalaman bokeh terunggul. Lensa ini kalis debu dan lembapan dan mempunyai roda kawalan apertur. Ia turut memiliki suis AF/MF dan juga kunci fokus.

Lensa Zum FE 70-200mm F2.8 GM OSS Telefoto menawarkan persembahan terbaik bagi yang mahukan prestasi autofokus serta kestabilan imej. Ia adalah pilihan terunggul bagi rakaman hidupan liar, sukan dan pelbagai acara yang memerlukan kepantasan.

Lensa Sony FE 70-200mm F28 GM OSS 003

Dengan sistem fokus terapung, ia mengurangkan jarak fokus kepada 0.96m dan memastikan ia kekal optima untuk tangkapan pegun dan video. Ia turut terbina bersama penstabil imej ‘Optical SteadyShot’, untuk tangkapan kekal jelas dan tajam pada semua jarak fokus.

Bersama 3 lensa G Master terbaru ini, Sony turut memperkenalkan dua teleconverter kompak, 1.4x SEL14TC dan 2x SEL20TC. Ia memberikan jarak lebih jauh di samping mengekalkan rekaan dan rasa lensa 70-200mm.

Lensa Sony GM Teleconverter 1-4x dan 2x

Lensa Zum FE 24-70mm F2.8 GM Standard dan Lensa Prima FE 85mm F1.4 GM Telefoto akan mula dijual di Malaysia pada Mac 2016. Manakala Lensa Zum FE 70-200mm F2.8 GM OSS Telefoto serta dua teleconverter 1.4x SEL14TC dan 2x SEL20TC pula dijual bermula Mei 2016.

Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Lensa Boleh Ubah Sony.

Apa komen anda?