Fitbit Alta memantau kecergasan dengan gaya fesyen terkini

Share Button

Pengeluar peranti kecergasan terkemuka, Fitbit baru-baru ini memperkenalkan satu lagi model terbaru, Fitbit Alta. Sama seperti Fitbit Blaze yang dilancarkan semasa CES yang lepas, Alta menampilkan rekabentuk bergaya dan fesyen terkini. Sesuai untuk penggemar kecergasan yang mahu memakainya ke mana jua acara dan majlis.

Fitbit Alta lebih menyerupai gelang, tetapi memiliki skrin OLED yang memaparkan jam, notifikasi dan maklumat kecergasan. Ia boleh memantau aktiviti harian pengguna, aktiviti kecergasan, dan juga waktu tidur secara automatik.

Fitbit Alta - bersama beg tangan

Fitbit Alta turut dilengkapi ‘Peringatan untuk Bergerak’, memastikan pengguna tidak duduk diam terlalu lama. Dengan SmartTrack, ia boleh mengesan aktiviti kecergasan pengguna secara automatik, dan menyimpan data mengikut kategori seperti berlari, berjalan, mendaki dan sebagainya.

Jika mahukan Alta sesuai dengan gaya fesyen pengguna, talinya boleh ditukar warna dan jenis. Selain tali getah klasik, Fitbit menawarkan tali Alta dalam bentuk kulit serta besi. Malah, pelbagai warna boleh dipilih.

Kekuatan Fitbit yang menjadikannya peranti kecergasan no 1 dunia, adalah aplikasi mudahalihnya. Ia serasi dengan lebih dari 200 jenis telefon Android, iOS serta Windows phone. Ia mengumpulkan data harian pengguna melalui peranti Fitbit, dan boleh membandingkan aktiviti pengguna bersama rakan dan keluarga.

Aplikasi Fitbit di ios android dan windows untuk Fitbit Alta

Alta berhubung dengan peranti ini melalui Bluetooth. Baterinya dijangka boleh bertahan sehingga 5 hari lamanya dengan sekali cas.

Fitbit Alta akan dijual di Malaysia pada harga RM600, bermula Mac 2016. Ia akan boleh didapati dari wakil penjual Fitbit seperti A One Plus, All IT Hypermarket, Courts Malaysia, Harvey Norman, iStore, iTworld, RadioShack dan Senheng.

Fitbit Alta - warna warni

Tali tambahan Alta akan turut dijual pada harga dan warna seperti berikut:

Tali klasik – RM130 (hitam, biru, teal dan plum)
Tali kulit premium – RM250 (grafit, merah jambu, kulit unta)
Gelang besi tahan karat – RM420 (perak dan emas)

Maklumat lanjut boleh didapati dilaman produk Fitbit Alta.

 

Apa komen anda?