Raikan Tahun Baru Cina dengan Galaxy Note5 Merah Jambu

Share Button

Tahun Baru Cina sering dikaitkan dengan warna merah. Tetapi Samsung Malaysia ingin meraikannya bersama rakyat Malaysia, menggunakan warna merah jambu. Hari ini, Samsung Malaysia menyatakan telefon pintar terbaik mereka, Galaxy Note5 akan mula dijual di Malaysia dengan warna Pink Gold (Emas Merah Jambu).

Samsung mempamerkan Galaxy Note5 Pink Gold ini di menerusi kenyataan di Facebook Samsung Mobile Malaysia. Dengan tambahan warna baru ini, menjadikan warna pilihan Galaxy Note5 kepada lima, iaitu Emas Platinum, Putih Mutiara, Hitam Sapphire dan Perak Titanium, selain Emas Merah Jambu.

Samsung Galaxy Note5 Emas Merah Jambu - Pink is Now

Harga Galaxy Note5 untuk warna Emas Merah Jambu ini, kekal sama pada RM2,699, dengan kapasiti 32GB. Galaxy Note5 Emas merah jambu ini mula dijual hari ini, 21 Januari 2016 dengan kuantiti terhad. Jika berminat, lekas dapatkannya sementara stok masih ada.

Galaxy Note5 membawakan banyak fungsi baru, terutama pada S-pen yang menjadi tanda utamanya. Ia mempunyai spesifikasi dalaman serta rupa luaran yang sama seperti Galaxy S6, dengan sedikit perbezaan seperti 4GB RAM dan skrin 5.7-inci QuadHD. Bahagian kaca di belakangya pula menggunakan kaca lengkung di sisi dengan bingkai diperbuat daripada besi.

Samsung Galaxy Note5 Pink Gold - depan belakang s-pen

Laporan Antutu bagi peranti tahun 2015, meletakkan Galaxy Note5 di tangga ke-4 terbaik. Malah, dalam kebanyakan ujian kamera dan video yang kami lakukan, menunjukkan Galaxy Note5 sering memberikan hasil lebih baik dari kebanyakan yang lain.

 

Untuk mengenali Galaxy Note5 dengan lebih dekat serta fungsi hebatnya seperti S-pen, rujuk video kami di bawah ini. Atau pergi ke laman produk Samsung Galaxy Note5 Malaysia.

 



 

Trackbacks

  1. […] ini bukanlah pertama kali diperkenalkan di peranti Samsung, kerana ia turut dipadankan bersama Galaxy Note5 sebelum […]

Apa komen anda?