Ketepi sikit kereta, bas mini pun boleh pandu sendiri

Share Button

Kalau kereta yang boleh memandu sendiri (self-driving cars) memang dah selalu kita dengar. Kalau bas mini yang boleh memandu sendiri, bagaimana? (Ha, macam mana? Terbayang tak bas mini Kuala Lumpur yang berwarna merah jambu dulu tu?)

Di Belanda, bas mini WEpods telah diperkenalkan dan diujipandu di daerah Gelderland, untuk menghubungkan penumpang dari pekan Wageningen dan Ede. Trip pertamanya selama 12 minit dirasmikan oleh Menteri Infrastukur Belanda, Melanie Schultz Van Haegen. Ia sesuai dinaiki oleh 6 penumpang dalam satu masa.

Bas mini WEpods boleh memuatkan 6 orang

WEpods dikawal melalui sebuah sistem yang terletak dibilik kawalan, dan boleh diambilalih oleh manusia sekiranya terdapat kecemasan. Walaupun cuma dibenarkan bergerak selaju 25km sejam, dengan kuasa elektrik sepenuhnya ia boleh dikawal dari jauh, dalam radius sehingga 100km.

Penuntut universiti bakal mendapat manfaatnya, kerana projek pilot ini akan dikembangkan ke kampus-kampus di Belanda. Budak UiTM, UPM, USM – bayangkanlah kalau tidak perlu memanjat bukit untuk ke kelas!

Pandu uji bas mini WEpods di pekan Wageningen Belanda

Nak tahu lebih lanjut tentang WEpods? Layari lamanweb www.wepods.nl atau www.wepods.com

Sejak konsep pemanduan sendiri diperkenalkan oleh Google, makin banyak pengilang kereta memperkenalkan kereta konsep mereka untuk memasuki segmen baru dalam dunia automotif ini. Mungkin di Netherlands pihak berkuasanya lebih proaktif dalam memperkenalkan mod pengangkutan sebegini. Kerana di US, Google masih sibuk berbincang mengenainya dengan pihak berkuasa di California, dan keputusannya belum tentu memihak kepada Google.

[SUMBER]

Apa komen anda?