Kerjasama Zomato dan Uber memudahkan pencarian tempat makan

Share Button

Mencari tempat makan memang mudah menggunakan aplikasi mudahalih Zomato, tapi nak pergi tempat makan menjadi lebih mudah dengan kerjasama terbaru dengan Uber. Zomato hari ini mengumumkan kerjasama dengan servis pemanduan Uber, membawakan pengguna di sekitar lembah Klang ke tempat makan kegemaran dengan pantas dan mudah.

Zomato pertama kali dilancarkan di lembah Klang 11 minggu lalu. Kini, ia membawakan senarai kedai makan yang terdapat di dalam pustakanya, terus ke depan mata pengguna melalui Uber.

Pengguna Zomato di sekitar Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Puchong dan Shah Alam akan dapat menggunakan aplikasi Zomato, untuk mencari tempat makan atau minum, dan memanggil Uber untuk membawa mereka ke tempat yang ingin dituju.

Fungsi seperti ini, telah pun digunakan oleh pengguna Zomato di lebih 13 negara seperti India, Australia, Kanada, United Kingdom, Afrika Selatan, Indonesia, New Zealand, Filipina, Portugal, Qatar, Turkey, UAE, dan Amerika Syarikat.

Panggil Uber terus dari aplikasi Zomato - Malis Corner

Cara mendapatkan Uber terus di dalam aplikasi Zomato, sangat mudah. Lancarkan aplikasi Zomato, cari tempat makan yang diingini, dan ia akan memaparkan butang Uber beserta anggaran tambang terus di laman kedai makan tersebut.

Jika ingin ke tempat tersebut, tekan butang Uber dan aplikasi Uber akan terus dilancarkan dan sedia membawa pengguna ke tempat yang ingin dituju. Dengan cara ini, pengguna tidak lagi perlu memikirkan cara untuk sampai ke tempat yang dimahukan, malah tidak perlu mencari tempat meletak kenderaan, terutama di kawasan yang sangat sukar mencari tempat meletak kenderaan, seperti Damansara Utama.

Aplikasi mudahalih Zomato boleh dimuat turun di Apple AppStoreGoogle Playstore dan Windows Store.

Panggil Uber terus dari aplikasi Zomato - The Peak

Apa komen anda?