Jutaan liter petrol percuma untuk pelanggan Xpax Magic SIM

Share Button

KEMASKINI: Celcom turut membuka tawaran petrol percuma ini untuk pengguna pelan pascabayar FiRST yang baru

Pelan prabayar Xpax Magic SIM dari Celcom, menjanjikan kejutan setiap bulan. Bulan lepas, Celcom mengumumkan pemberian tiket percuma bernilai jutaan RM. Untuk bulan ini pula, tawaran Magic SIM dilihat meningkat kepada pemberian petrol percuma.

Sama seperti bulan lepas, apa yang perlu pelanggan Magic SIM lakukan ialah, melanggan mana-mana pelan internet bulanan. Kemudian, pengguna akan menerima kod hadiah menerusi SMS. Selepas itu, pergi ke mana-mana stor Blue Cube yang berkaitan, dan tukarkan kod hadiah tadi kepada kad petrol Petronas bernilai RM30.

cara mendapatkan petrol percuma Celcom Xpax Magic SIM

Kempen petrol percuma ini berjalan dari 9 Januari sehingga 31 Januari 2016. Ini bermakna, pelanggan yang melanggan pelan internet bulanan Xpax dalam tempoh ini, layak menerima petrol percuma. Kod hadiah melalui SMS ini, boleh ditukar di Blue Cube bermula 16 Januari 2016, sehingga 1 Februari 2016.

Menurut Celcom, pemberian ini terhad kepada 2,750 penukaran sehari sahaja. Terdapat 5 jenis pelan Xpax yang layak dalam kempen ini iaitu Bulanan RM30, Bulanan RM40, Bulanan RM60, Pek Internet Singapura RM38 dan Perayauan Data Harian DDR RM38.

Petrol percuma untuk pelanggan pascabayar FiRST

Bagi pascabayar pula, promosi petrol percuma ini boleh ditebus oleh pengguna pelan FiRST Blue dan Gold yang baru, atau pengguna yang melanggan pelan internet mudahalih, atau melanggan data tambahan Max Up.

Jika anda pelanggan prabayar Xpax atau pascabayar FiRST yang baru, jangan lupa dapatkan petrol percuma ini nanti. Jika bulan Disember lepas Celcom memberi tiket wayang percuma, untuk bulan Februari akan datang, kami jangkakan Celcom akan memberikan kupon KFC pula.

Celcom Bagi Hadiah Jutaan RM - bulan Disember Januari Februari 2016

Maklumat lanjut tentang promosi petrol percuma ini, boleh dirujuk di lamanweb Xpax, atau lamanweb promosi pascabayar FiRST.

Senarai Blue Cube dan Celcom Centre yang terlibat untuk menebus promosi petrol ini adalah seperti berikut:

Celcom Centre Jalan Ampang
Celcom Centre Bandar Baru Klang
Celcom Centre Petaling Jaya
Blue Cube JUSCO Bukit Tinggi
Celcom Centre Selayang
Celcom Centre Taman Tun Dr Ismail
Celcom Centre Taman Segar
Celcom Centre Kajang
Blue Cube Laman Seri
Blue Cube Mid Valley Megamall
Blue Cube Bangsar Shopping Centre
Blue Cube Pavilion
Blue Cube Menara Celcom
Blue Cube Paradigm
Blue Cube Publika
Blue Cube Setia Walk
Blue Cube Sunway Pyramid (ICONIC)
Blue Cube Shaftsbury
Blue Cube The Gardens
Cube (Dot Cube) @Subang Parade
Blue Cube Alamanda
Blue Cube NU Sentral
Celcom Centre KLIA
Celcom Specialist KLIA2
Celcom Centre Seremban
Blue Cube JUSCO Taman Universiti
Blue Cube AEON Melaka
Blue Cube Batu Pahat Mall
Celcom Centre Taman Melaka Raya
Celcom Centre Jalan Kempas
Celcom Centre Taman Molek
Celcom Centre Miri
Blue Cube Tun Jugah
Blue Cube The Spring Shopping Mall
Blue Cube Plaza Merdeka
Celcom Centre Bintulu
Blue Cube Sibu
Blue Cube Suria Mall
Celcom Centre Sandakan
Blue Cube One Borneo
Celcom Centre Labuan
Celcom Centre Tawau
Blue Cube Mesra Mall
Blue Cube KB Mall
Blue Cube Mentakab Star Mall
Celcom Centre Temerloh
Celcom Centre Kuala Terengganu
Celcom Centre Kuantan
Blue Cube Bangunan KWSP Pulau Pinang
Blue Cube All Season Place
Celcom Centre Bukit Mertajam
Celcom Centre Seberang Jaya
Blue Cube Elit Avenue Bayan Baru
Celcom Centre Kangar
Celcom Centre Sg Petani
Celcom Centre Alor Setar
Blue Cube AEON Manjung
Celcom Centre Ipoh
Celcom Centre Taiping
Celcom Centre Teluk Intan
Celcom Centre Langkawi

 

Comments

  1. nadya

    penebusan hanya boleh dilakukan di celcom centre atau dimana2 cawangan blue cuba?kalau saya stay di ipoh, boleh ke saya menebus di blue cube tesco?terima kasih

    • TheSkop

      Boleh lihat senarai penuh Blue Cube & Celcom Centre terlibat di bahagian bawah artikel ini. Untuk Ipoh, boleh ke Celcom Centre di alamat: No. 2, Persiaran Greentown Business Centre 3, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak.

  2. Fahmi

    Saya menerima SMS daripada Celcom untuk penebusan kad hadiah RM30 Petronas. Saya tinggal di Kuching, Sarawak. Di mana saya boleh buat penebusan kad hadiah tersebut?

  3. siti

    kad hadiah PETRONAS hanya boleh ditebus di bluecube kawasan KL dan Selangor je.Macam mana dengan pelanggan di negeri-negeri lain?

  4. OthmanSitlin

    Salam Sejahtera….Saya nak bertanya……bagaimana dengan saya selaku pelanggan tetap celcom yang berada di Sandakan untuk menebus hadiah RM30 utk minyak di Petronas tu…?Harap dapat penjelasan daripada pihak tuan.

    • TheSkop

      Ia boleh juga ditebus di Celcom Centre Sandakan:
      Lot 9 & 10, Ground & Mezzanine Floor, Block B, Phase 2, Taman Grand View, 90000, Sandakan, Sabah.

  5. ZBA

    Aku yg langgan Celcom postpaid bil bulanan RM1XX bertahun2 apa pun tak dapat. Ni sibuk bagi goodies kat pelanggan prepaid, hampeh..

Trackbacks

  1. […] memberi tiket wayang dan kupon petrol percuma, Celcom akhirnya mengumumkan pemberian percuma terakhir untuk pelanggannya bulan Mac ini. […]

  2. […] juga sedang menjalankan promosi meraikan pelanggan, dengan memberikan tiket wayang percuma, serta petrol percuma sebelum ini. Dijangka, Celcom akan memberikan kupon makanan percuma bulan […]

Apa komen anda?