Dulu Helo Moto, sekarang Bye Moto

Share Button

KALAU umur anda sekitar 30an atau 40an, mungkin anda masih ingat zaman sekolah dahulu pengguna telefon bimbit membawa model sebesar bongkah batu-bata. Kemudian antenanya pula panjang dan tebal. Kalau bukan NEC, pastinya brand Motorola.

Motorola, nama dibelakang model ikonik seperti StarTAC, RAZR V3 dan PEBL dengarnya bakal berkubur. Walaupun sebelum ini diambil alih oleh Google pada tahun 2012 dan kemudiannya Lenovo, jenama ini tidak dapat bertahan lagi di persada teknologi, menurut laporan dari CNET.

Dari laporan AP yang berada di CES 2016 pula, jurucakap Lenovo menyatakan yang syarikat China itu bakal menyerapkan Motorola dalam divisi perniagaan telefonnya. Lenovo akan mengekalkan nama ‘Motorola Mobility’ buat masa ini dan menjenamakan model telefon dan peranti boleh pakai mereka, kepada ‘Moto’ dan ‘Vibe’.

Teringat pula kepada jenama Nokia yang tidak lagi segah dahulu, dan BlackBerry pula yang sudah beralih fokus kepada Android, meninggalkan peminat sistem BB10 terkesima. Tak apalah. BB-8 kan ada (walaupun tiada kena-mengena, tapi ia menyumbangkan elemen bahagia).

[SUMBER]

Gambar daripada siaran akhbar lama Lenovo: Kenangan lama ketika Liu Jin, naib president eksekutif Lenovo, president kumpulan Perniagaan Mudah Alih, Lenovo dan pengerusi Pengurusan Motora; Yang Yuanqing, pengerusi dan CEO Lenovo bersama Rick Osterloh, president dan COO, Motorola Mobility meraikan pengambilalihan Lenovo keatas Motorola Mobility.

Apa komen anda?