Diskaun Tahun Baru Cina untuk OPPO R7 Lite dan OPPO R1x

Share Button

Makin dekat dengan sambutan Tahun baru Cina, makin banyak promosi diadakan. OPPO Malaysia hari ini mengumumkan diskaun khas sempena Tahun Baru Cina, untuk telefon pintar OPPO R1x dan juga OPPO R7 Lite.

OPPO R7 Lite yang sangat popular tahun lepas, dan OPPO R1x dengan kilauan permata di belakang badan, berkongsi harga pasaran yang sama, iaitu RM1,198. Sempena Tahun baru Cina ini, OPPO Malaysia memberikan diskaun RM200, menjadikan kedua-dua telefon berharga hanya RM998.

powerbank percuma dengan pembelian telefon pintar OPPO menggunakan kad kredit

Bagi pembeli yang berminat, ia hanya boleh dibeli dalam talian, di OPPO Store. Selain diskaun ini, OPPO turut memberikan hadiah percuma berupa powerbank 3,600mAh, kepada mana-mana pembelian telefon pintar di OPPO Store, menggunakan kad kredit.

OPPO R7 Lite adalah sebahagian dari siri R7, dengan harga paling murah dan spesifikasi terendah. Ia mempunyai badan besi penuh, dengan skrin AMOLED 5.0-inci beresolusi HD 1280×720.

OPPO R7 Lite - depan

OPPO R7 Lite dikuasakan CPU Qualcomm Snadragon 615 8-teras 1.5GHz, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia memiliki slot kad mikroSD, serta dua slot kad sim yang menyokonh rangkaian 4G LTE.

Kamera belakangnya 13MP F2.2 autofokus bersama LED Flash. Manakala kamera depan 8MP F2.4. Baterinya berkapasiti 2,320mAh, tanpa pengecasan pantas VOOC. Dua warna boleh dipilih, antara Emas dan Perak.

OPPO R1x pula telefon pintar bagi mereka yang mementingkan fesyen. Badan belakangnya diselaputi kaca, dengan kemasan seakan kilauan berlian. Bingkainya pula diperbuat dari besi.

OPPO R1x mempunyai skrin IPS berukuran 5.0-inci, dengan resolusi HD 1280×720. Ia mempunyai kamera 13MP F2.0 di belakang, dan 5MP F2.0 di depan.

OPPO R1x blue and white back

Di dalamnya, ia digerakkan CPU Qualcomm Snadragon 615 8-teras 1.5GHz, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia memiliki slot kad mikroSD, serta dua slot kad sim yang menyokonh rangkaian 4G LTE.

Ia mempunyai bateri 2,420mAh dan menjalan sistem operasi Android 4.4.4 KitKat, bersama antaramuka ColorOS 2.0.1i. Dua warna menawan disediakan antara Putih dan Biru.

Kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli di stor dalam talian OPPO Malaysia. Malumat lanjut boleh diperolehi di laman produk OPPO R7 Lite dan OPPO R1x.

Apa komen anda?