Diskaun dan Promosi Mi Malaysia sempena Tahun Baru Cina

Share Button

Xiaomi sering tidak lupa membuat jualan sempena hari perayaan. Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang kian hampir, Facebook Mi Malaysia mengumumkan jualan khas selama 2 hari, bermula pada jam 10 pagi, 21 Januari sehingga jam 10 malam, 22 Januari 2016.

Antara tarikan utama ialah diskaun terhadap telefon pintar. Harga yang ditawarkan khas semasa jualan Tahun Baru Cina ini adalah seperti berikut:

1. Mi Note : RM1549, RM1499
2. Mi 4i 32GB : RM899, RM849
3. Redmi 2 Enhanced : RM529, RM499

Selain diskaun, pembeli telefon pintar terpilih Xiaomi, turut akan menerima hadiah percuma iaitu:

1. Beli Mi Note – PERCUMA Pelindung Skrin Jernih dan Case Lembut Jernih
2. Beli Redmi 2/Redmi 2 Enchanced – PERCUMA Bateri
3. Beli Mi 4i – PERCUMA Pelindung Skrin Jernih
4. Beli Redmi Note 2 – PERCUMA Pelindung Skrin dan Case

Selain telefon pintar, Mi Malaysia turut memberikan potongan harga untuk aksesori terpilih. Antaranya ialah:

1. Mi Band : RM69, RM62
2. Mi Band Strap : RM16, RM12.8
3. Mi In-ear Headphones : RM69, RM62
4. Mi Selfie Stick : RM35, RM28
5. 5000 mAh Mi Power Bank Merah : RM40, RM39
6. 10000 mAh Mi Power Bank Perak : RM59, RM55
7. Mi LED Light : RM16, RM12.8
8. Mi USB Fan : RM16, RM12.8

Tetapi potongan harga produk Xiaomi tidak terhad di situ. Xiaomi sekali lagi memberikan diskaun istimewa, untuk pengguna yang membayar menggunakan PayPal. Produk yang mendapat harga istimewa Paypal adalah:

1. Potongan harga RM30 untuk semua telefon pintar Xiaomi (kecuali Redmi Note 2)
2. Potongan harga RM10 untuk Mi Band dan Mi In-ear Headphones

Ini menjadikan harga khas untuk pengguna PayPal di jualan Tahun Baru Cina Mi Malaysia ialah:

1. Mi Band – RM69, RM62, Harga PayPal RM52
2. Mi In-ear Headphones – RM69, RM62, Harga PayPal RM52
3. Redmi 2 – RM399, Harga PayPal RM369
4. Redmi 2 Enhanced – RM529, RM499, Harga PayPal RM469
5. Mi 4i – RM749, Harga PayPal RM719
6. Mi 4i 32GB – RM899, RM849, Harga PayPal RM819
7. Mi Note – RM1,549, RM1,499, Harga PayPal RM1,469

Diskaun paypal di Jualan Tahun Baru Cina 2016 Mi MalaysiaMi Note di Jualan Tahun Baru Cina 2016 Mi Malaysia

Bagaimana, menarikkan harga diskaun dan promosi Mi Malaysia sempena Tahun Baru Cina ni. Seperti biasa, jualan ini mungkin ada unit terhad. Jadi anda haruslah pantas membeli, jika benar-benar mahukannya.

Sekali lagi diingatkan, jualan Tahun Baru Cina Mi Malaysia ini akan bermula pada jam 10 pagi, 21 Januari sehingga jam 10 malam, 22 Januari 2016.

Selain ini, pengguna juga perlu tahu bahawa penghantara percuma ke seluruh Malaysia, hanya untuk pembelian melebihi RM100 dalam satu pesanan. Jika kurang, anda perlu membayar RM15 untuk pesanan di Semenanjung Malaysia, dan RM25 untuk pesanan ke Sabah dan Sarawak.

lamanweb baru Mi Malaysia

Satu lagi berita menarik. Mi Malaysia baru sahaja mengubahsuai lamanweb mereka. Mereka ingin sangat mendengar maklumbalas dan reviu produk Mi dari pembeli. Barangsiapa yang menginggalkan reviu di lamanweb Mi Malaysia, dari 13 hingga 21 Januari 2016, berpeluang memenangi hadiah misteri. Tinggalkan reviu anda di lamanweb Mi Malaysia sekarang.

Sebarang masalah dan maklumat lanjut, boleh merujuk ke Facebook Mi Malaysia atau twitter @XiaomiMY.

[SUMBER]

Apa komen anda?