[CES 2016] Fitbit Blaze jam pintar pertama dengan skrin warna

Share Button

Jika anda gemarkan aktiviti kecergasan dan menggunakan perlatan pintar untuk memantau aktiviti anda, nama Fitbit pastinya tidak asing lagi. Fitbit adalah peneraju penghasilan produk pintar untuk kecergasan. Terkini, mereka menghasilkan jam pintar kecergasan, Fitbit Blaze.

Bertempat di pameran CES di Las Vegas, Fitbit memperlihatkan jam pintar mereka dengan rekaan yang sangat berbeza, boleh dikatakan pertama kali dilakukan Fitbit. Fitbit Blaze lengkap dengan ciri-ciri pemantau kecergasan, dan boleh digunakan sebagai sebahagian aksesori fesyen.

Fitbit Blaze dengan pelbagai jenis tali

Fitbit Blaze datang dengan skrin sentuh berwarna, pemantau degupan jantung PurePulse, pembantu kecergasan FitStar dan SmartTrack yang mengesan aktiviti kecergasan secara automatik. Untuk bergaya, bingkai dan tali jam Blaze, boleh ditukar ganti dengan mudah, mengikut kegemaran pemakai.

Bateri Fitbit Blaze boleh bertahan sehingga lima hari, dan mempunyai fungsi notifikasi bagi panggilan, teks dan peringatan di kalendar. Ia boleh memantau lokasi pengguna seperti jarak dan kelajuan, menggunakan GPS di telefon pintar apabila dihubungkan.

Fitbit Blaze serasi dengan iOS Android dan Windows Phone

Fitbit Blaze boleh dihubungkan dengan lebih 200 jenis telefon pintar, berasaskan Android, iOS dan Windows Mobile. Aplikasi mudahalih Fitbit, membolehkan pemantauan data lebih menyeluruh, di samping bersaing dengan rakan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

Fitbit Blaze kini mula dijual di Amerika Syarikat, pada harga USD199.95 (~RM875). Ia dijangka tiba di Malaysia, pada bulan Mac 2016. Pelbagai aksesori Fitbit Blaze turut akan dijual. Antaranya:

  • Tali klasik elastometer dalam warna hitam, biru dan plumUSD29.95 (~RM131)
  • Tali kulit asli bersama bingkai besi tahan karat dalam warna hitam, kelabu dan coklatUSD99.95 (~RM437)
  • Tali dan bingkai besi tahan karat berwarna perakUSD129.95 (~RM568)

Maklumat lanjut boleh didapati di laman produk Fitbit Blaze Malaysia.

 

Trackbacks

  1. […] baru-baru ini memperkenalkan satu lagi model terbaru, Fitbit Alta. Sama seperti Fitbit Blaze yang dilancarkan semasa CES yang lepas, Alta menampilkan rekabentuk bergaya dan fesyen terkini. Sesuai untuk penggemar […]

Apa komen anda?