Bingkai penuh dalam kamera kompak Sony RX1R II bukan untuk amatur

Share Button

Anda memang nak sangat memiliki kamera bingkai penuh (Full Frame), tapi tak gemarkan saiz badan SLR yang terlalu besar? Jika ya, mungkin kamera kompak terbaru dari Sony ini menepati citarasa anda. Sony Malaysia hari ini mengumumkan kamera RX1R II, berbingkai penuh dengan resolusi 42.4MP, yang berharga RM14,999.

Ya, hampir RM15 ribu untuk sebuah kamera kompak dengan bingkai penuh. Kamera ini juga adalah yang pertama di dunia, dilengkapi Penapis Optik Pas Rendah Bolehubah (Optical Variable Low Pass Filter). Ia dipadankan dengan lensa berapertur besar, ZEISS® Sonnar T* 35mm F2.

Kamera Sony RX1R II - Exmor R BIONZ X Zeiss

Kamera RX1R II yang baru ini, menggunakan sensor bingkai penuh 35mm Exmor R CMOS berlampu belakang, dengan resolusi efektif 42.4MP. Ia diperkasakan lagi dengan pemproses imej BIONZ X, untuk mencapai sensitiviti ISO 100-25,600, dan boleh diluaskan ke 50-102,400.

Dengan apertur sebesar F2.0 di lensa 35mm F2 ZEISS® Sonnar T*, ia memastikan gambar kekal tajam dari tengah hingga ke hujungnya. Malah, 9 pisau apertur terbina, memastikan gambar yang dihasilkan tampak menarik, walaupun dengan latar di luar fokus, ataupun bokeh.

Kamera Sony RX1R II - pandangan atas

Kamera RX1R II juga menawarkan gambar dalam mod tanpa mampatan RAW 14-bit, bagi yang mahukan lebih kawalan gambar sebelum diedit. Kamera ini juga yang pertama dalam siri-RX, menampilkan autofokus hibrid yang pantas.

Sensor kamera ini mempunyai 399 titik autofokus pengesanan fasa (PDAF), yang memenuhi 45% kawsan gambar, paling luas untuk sensor berbingkai penuh. Autofokus ini bekerjasama dengan 25 titik autofokus kontras, menjadikannya 30% lebih pantas dari biasa. Malah, dengan algoritma pengesanan pergerakan yang maju, ia boleh mengesan subjek yang bergerak dengan tepat. Ia juga boleh merakam sehingga 5 bingkai sesaat, dengan autofokus yang mengesan pergerakan.

Kamera Sony RX1R II - LCD boleh ubah sudut

Tru-Finder XGA OLED yang boleh disimpan, adalah fungsi baru untuk siri-RX. Ia boleh dikeluarkan dan disimpan semula, semudah satu tekanan. Ia juga memiliki skrin LCD 3.0-inci, yang boleh dicondongkan 109-darjah ke atas, dan 41-darjah ke bawah. Ini memudahkan tangkapan gambar dalam pelbagai sudut dan posisi.

Untuk rakaman video, RX1R II boleh merakam video dengan tahap bising yang rendah. Ia menyokong rakaman HD Penuh 1920×1080, dengan kadar 60p, 30p dan 24p. Ia dirakam dalam format video XAVC S.

Kamera Sony RX1R II - NFC di sisi

Bagi sambungan tanpa wayar, kamera RX1R II dilengkapi fungsi WiFi dan NFC. ia boleh berhubung dengan aplikasi Sony PlayMemories Mobile, yang boleh digunakan di peranti Android dan iOS. Malah, dengan aplikasi Smart Remote Control, pengguna boleh mengawal rakaman dari jarak jauh, melalui telefon pintar.

Kamera kompak berbingkai penuh Sony RX1R II, akan mula dijual di Malaysia pada 25 Februari 2016, pada harga RM14,999. Ia boleh mula ditempah mulai 25 Januari 2016, di Sony Store, Sony Centres, pengedar sah Sony, serta di lamanweb www.sony.com.my.

Maklumat lanjut tentang kamera ini, boleh didapati di laman produk Sony RX1R II.

 

 

Sampel gambar kamera Sony RX1R II

Sampel gambar Sony RX1R II - 4K_DSC-RX1RM2_DSC02000 Sampel gambar Sony RX1R II - 4K_DSC-RX1RM2_DSC02383 Sampel gambar Sony RX1R II - 4K_DSC-RX1RM2_DSC02793 Sampel gambar Sony RX1R II - 4K_DSC-RX1RM2_DSC00950 Sampel gambar Sony RX1R II - 4K_DSC-RX1RM2_DSC01022

Apa komen anda?